LAPORAN EKSEKUTIF :  PERKONGSIAN INTELEK  PROSPEN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU  KAMPUS  (IPGK ) ZON UTARA  2013

 

 

A Close Relationship Between Vocabulary Learning  Strategies of TESL

Pre- Service Teachers and Vocabulary Size and Academic Achievements

 

Umaizah bt. Omar

IPG Kampus Darul Aman

 

English is a compulsory subject in Malaysian primary and secondary schools. It is continually learnt by pre-service teachers who are taking  Bachelor of Teaching Degree programme (PISMP)  at the Institute of Teachers Education (ITEs)  in Malaysia. From my experience dealing with these pre-service teachers, despite their good grade in English upon entry qualification (SPM), they have difficulties in spelling and using correct vocabulary especially when answering their English Courses Papers. This weaknesses  have  led to poor performance in their semester’s  examinations. Preliminary survey with the students suggests that there might be some connections with how students learn their vocabulary and their performance in English paper. To shed some insights on the problem, this study seeks to explore the relationship between vocabulary learning strategies and  vocabulary size and academic achievements. In particular, it tries to comprehend my understanding on the recent strategies in learning vocabulary and how these affect students’ performance based on  their academic achievement.

 

 

Kesan Penerapan Nilai Islam Dalam Pembelajaran Sains Informal Terhadap Penghayatan Nilai-Nilai Murni dan Kefahaman Konsep Sains Angkasa Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah

 

Rahimawati bt. Abdul Rahim

IPG Kampus Darul Aman

 

Kajian yang akan dijalankan bertujuan menyiasat kesan penerapan nilai Islam dalam pembelajaran sains informal iaitu kem sains terhadap penghayatan nilai-nilai murni dan kefahaman konsep Sains Angkasa dalam kalangan pelajar sekolah rendah.  Kajian ini akan turut meninjau persepsi guru-guru Sains dan para peserta terhadap Kem Sains ini. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu kuasi-eksperimen dengan reka bentuk Ujian Pra-Ujian Pos Kumpulan Tidak Setara. Teknik pensampelan bertujuan akan digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang pelajar Tahun 5 yang  beragama Islam daripada dua buah sekolah rendah di negeri Kedah.  Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang akan mengikuti kem sains yang diterapkan nilai Islam dan kumpulan kawalan yang akan mengikuti kem sains asas (tanpa penerapan nilai Islam). Pemboleh ubah bebas yang terlibat ialah jenis pendekatan kem sains iaitu kem sains yang diterapkan nilai-nilai Islam dan kem sains asas manakala pemboleh ubah bersandar ialah penghayatan nilai-nilai murni dan pencapaian pelajar dalam konsep Sains Angkasa yang dipilih. Instrumen-instrumen yang akan digunakan ialah Ujian Kefahaman Konsep Sains Angkasa, Ujian Penghayatan Nilai-nilai Murni dalam sains dan Soal selidik Persepsi terhadap Kem Sains. Data-data di atas akan disokong oleh data daripada temu bual, pemerhatian dan bukti dokumen. Data kuantitatif akan diproses dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Data-data temu bual, pemerhatian dan bukti dokumen akan dianalisis secara kualitatif. Pembelajaran informal khususnya kem sains diharapkan sesuai untuk melaksanakan pembelajaran sains secara holistik melalui penerapan nilai-nilai Islam bagi membantu mencapai matlamat melahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

 

Amalan Qudwah Hasanah Dalam Kalangan

Guru Pendidikan Islam (GPI) Sekolah Menengah Kebangsaan

 

Asri bin Md Saman @ Osman

IPG Kampus Darul Aman

 

Nabi SAW adalah contoh pendidik yang sangat ideal. Melalui bimbingan teori dan praktikal, baginda telah berjaya mendidik para sahabat sehingga menjadi qudwah hasanah iaitu contoh ikutan terbaik kepada umatnya. Di dalam sistem pendidikan, guru sebagai pendidik wajar menjadi qudwah hasanah sesuai dengan hasrat melahirkan generasi pelajar yang seimbang akademik dan sahsiahnya. Namun, sejauhmana guru menghayati kepentingan menjadi qudwah hasanah masih lagi menjadi persoalan. Justeru fokus  kajian yang akan dijalankan bertujuan mengenal pasti pelaksanaan Amalan qudwah hasanah dalam kalangan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk membangunkan konstruk amalan Qudwah Hasanah bagi mengukur tahap amalan qudwah hasanah dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Kajian ini mengambil pendekatan mixed method melalui tiga fasa. Dalam fasa awal,  konstruk qudwah hasanah akan dibina melalui sorotan literatur  dan temubual bersama Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Dari sini, item-item soalselidik dengan skala Likert akan dibina dan kesahan kandungan akan dilakukan dengan  merujuk kepada sarjana Pendidikan Islam. Fasa seterusnya adalah di mana soal selidik ditadbirkan kepada sampel yang terdiri daripada guru-guru pendidikan islam yang mengajar tingkatan empat mengikut zon yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Untuk membolehkan perbandingan dibuat soalselidik juga ditadbir kepada guru-guru bukan PI. Ini adalah untuk mendapatkan data yang lebih terperinci tentang isu atau aspek yang boleh berpotensi diberi tumpuan semasa  analisis. Untuk fasa berikutnya, dapatan dari soalselidik akan digunakan sebagai panduan dalam  sesi temubual berstruktur. Data kuantitatif akan dianalisis menggunakan SPSS manakala data kualitatif akan dianalisis melalui analisis tematik menggunakan NViVO. Diharapkan kajian ini akan memberikan maklumat yang dapat memberi halatuju tentang keperluan membangunkan qudwah hasanah dalam kalangan Guru PI.

 

 

 

Kompetensi, Efikasi  Kendiri Guru-Guru j-QAF  dan Hubungannya

Dengan Prestasi Penggunaan Bahan Bantu Teknologi

Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

   

Faizah binti Ali

IPG Kampus Darul Aman

 

Seorang guru  perlu memastikan dia berkemampuan mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran mereka. Kajian dijalankan bertujuan untuk menilai sejauh mana kompetensi dan efikasi  kendiri yang dimiliki oleh guru-guru j-QAF pengkhususan Bahasa Arab ini terhadap penggunaan bahan bantu  teknologi ICT  dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Tujuannya untuk melihat kompetensi guru-guru j- QAF  Bahasa Arab terhadap penggunaan bahan bantu ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran  dan melihat bagaiman guru-guru j- QAF mrealisasikan efikasi kendiri terhadap teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dirancang menggunakan dua pendekatan kaedah penyelidikan iaitu pendekatan secara kualitatif dan pendekatan secara kuantitatif. Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah tinjauan keratan rentas. . Penggunaan borang soal selidik  bertujuan meninjau komptensi dan efikasi kendiri guru-guru j-QAF Bahasa Arab di negeri sekitar zon utara berkenaan penggunaan bahan bantu ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sampel dipilih daripada guru-guru j-QAF yang mengajar Bahasa Arab  di sekolah rendah di sekluruh negeri  dalam zon utara.Untuk mendapatkan data yang sah dan menghasilkan suatu kajian yang baik, penyelidik akan menggunakan kedua-dua jenis data iaitu data primer dan data sekundar bagi mengukuhkan dapatan kajian

 

 

 

Malaysian ESL Teachers’ Online Literacy Practices In and Outside The Classroom

 

Julinamary a/p A. Parnabas

IPG Kampus Darul Aman

 

The advancement in ICT is rapidly transforming the work culture and ESL teachers cannot escape from the fact that many classrooms today are technologically supported and web-connected. Some teachers are already tapping into students’ online literacy practices. In line with this, the present study aims at exploring the ESL teachers’ online literacy practices outside the classroom and their levels of concerns in using the Internet for classroom teaching. The respondents were 330 secondary school ESL teachers teaching in urban, suburban and rural secondary schools in the states of Penang and Perak. Quantitative data were collected using the Stages of Concerns Questionnaire. In addition, the qualitative data were gathered from the interview to consolidate the findings for the qualitative data. The findings revealed that 55 rural schools teachers, 62 teachers from the suburban schools and another 55 teachers from the urban schools utilized the Internet in various ways for teaching and learning purposes. These teachers were also engaged in a range of online activities for various other purposes. The paper concludes with the various ways and issues in integrating the Internet for teaching and learning of English, in Malaysian context.  

 

 Pengurusan Risiko Akad Pembiayaan Dalam Sistem Perbankan Islam Di Malaysia

 

Mohd Zailani bin Ismail

IPG Kampus Darul Aman

 

Risiko merupakan suatu ketidakpastian yang dapat menimbulkan kerugian. Namun, ia juga salah satu elemen penentu keuntungan yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi. Dalam industri perbankan, elemen kewujudan risiko harus dihadapi dalam setiap transaksi kewangan. Dalam setiap akad ianya mengandungi risikonya yang tersendiri. Oleh demikian, risiko tersebut cuba dielak dan dikendalikan melalui beberapa pendekatan. Antara pendekatan umum yang diambil ialah penetapan syarat, caj penalti, janji dan sebagainya. Justeru, kajian ini cuba mengkaji risiko yang wujud dalam akad pembiayaan dan aplikasinya dalam sistem perbankan Islam. Dengan itu kajian ini akan menjelaskan teori pengurusan risiko yang digunakan para fuqaha dan bentuk pengurusan risiko yang diambil oleh perbankan Islam. Kajian ini akan menggunakan kaedah kepustakaan, pemerhatian dan penelitian dokumen-dokumen akad berkenaan. Justeru  ianya berbentuk diskriptif kualitatif. Kaedah wawancara atau temubual sama ada pengamal perbankan ataupun juga pakar-pakar bidang muamalat akan dilakukan. Berdasarkan metode analisis yang digunakan, kajian ini mendapati bahawa syarak bukan sahaja mengiktiraf kewujudan risiko malah menggalakkan aktiviti kawalan dan pengurusan kerana proses tersebut memenuhi objektif syariah iaitu menjaga harta (hifz al-mal). Antara instrumen akad yang digunakan dalam pembiayaan ialah al-Murabahah, al-‘Inah, al-Ijarah, al-Bai’ Bithaman Ajil, al-Musyarakah al-Mutanaqisah, al-Mudharabah, as-Salam dan al-Istisna’. Walaubagaimanapun, kajian ini cuba fokus kepada akad pembiayaan peribadi yang menjadi pilihan kebanyakan masyarakat pengguna sama ada masyarakat Islam sendiri ataupun bukan Islam.

 

 

The Impact of Information Literacy Competency in Research Process Among Trainees of Malaysian Teacher Education Institute

 

Siri Sena bin Baba Hamid

IPG Kampus Darul Aman

 

The case study attempts to discover with certainty the information literacy competencies in research process acquired by undergraduate trainees of Malaysian Teacher Education Institute in the northern region of Peninsula Malaysia. In doing so, it is highly important to see that trainee teachers have acquired a comprehensive understanding of information literacy. It is a pivotal fact indicated by recent researchers that most future teachers often enter teaching without the necessary information literacy skills and knowledge in research process. The study plans an in-depth analysis on information literacy competency problems and issues faced by trainee teachers doing research process. The scope of study is based on full-time final year undergraduate trainee teachers for the Educational Degree Programme doing their school based action research in the states of Kedah, Perlis and Penang. Population is segregated into science and non-science from various content-area specializations. The study has to be console in two phases of data gathering. First phase uses face to face interviews and document analysis on the purposive sampling to analyse intensively the multifarious phenomena. Second phase uses questionnaires; in order to probe a generalize findings of the wider study population among all full-time final year trainee teachers in the five northern region campuses. The findings hope to give insights to stake holders on the way to move forward in terms of needs, process and outcomes in accordance with the Malaysian National Information Literacy Agenda.

 

 

 

Pengaruh Kecerdasan Emosi dan Pemikiran Positif Terhadap

Efikasi Kendiri dan Prestasi Kerja Guru Permulaan

 

Hjh Norhayati Binti Ahmad Zakaria

IPG Kampus Darul Aman

 

 

Matlamat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020 amat bergantung kepada kupayaan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti.  Secara langsung ini bermakna guru memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan individu secara holistik menerusi pendidikan yang berkualiti. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kombinasi kecerdasan intelek dan emosi cenderung menjadi lebih berjaya dalam bidang pekerjaan yang diceburi (Goleman 1995, Dulewiez & Higgs 2000, Sjoberg 2001). Di Malaysia banyak kajian telah dijalankan bagi melihat tahap prestasi kerja guru namun kurang dilakukan bagi melihat pengaruh kecerdasan emosi guru dan pemikiran positif guru terhadap efikasi kendiri mereka dan prestasi kerja mereka khususnya dalam kalangan guru permulaan. Justeru, kajian ini bercadang meninjau pengaruh kecerdasan emosi guru dan pemikiran positif guru terhadap efikasi kendiri dan prestasi kerja mereka.

 

 

 

Kefahaman Guru Pelatih Tentang Sains dan Inkuiri Saintifik Serta Sikap dan

 Pengetahuan Tentang Isu Sosiosaintifik

 

Sumaiyah binti Abd Rahman

IPG Kampus Darul Aman

 

Kebelakangan ini, pelajar dikatakan tidak berminat dengan mata pelajaran sains. Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini ialah, kaedah pengajaran guru yang kurang efisien sedangkan subjek sains merupakan mata pelajaran yang mempunyai ciri-ciri yang menarik dan penting untuk kehidupan seharian. Sekiranya permasalahan ini tidak dikaji dan diperbaiki kelemahannya, objektif untuk melahirkan masyarakat yang berpendidikan sains sukar dicapai. Menelusuri senario ini, isu sosiosaintifik adalah suatu pendekatan untuk menjadikan pengajaran sains itu lebih menarik dan bermakna. Sebagai langkah permulaan untuk merealisasikan usaha murni ini, tahap kefahaman, pengetahuan dan sikap guru pelatih perlu diambil kira sebelum melangkah jauh kepada tindakan-tindakan seterusnya.  Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman tentang sains dan inkuiri saintifik guru pelatih , tahap pengetahuan dan sikap guru pelatih terhadap isu sosiosaintik serta mengesan hubungan antara kefahaman tentang sains tabii dengan sikap guru pelatih terhadap isu sosiosaintifik. Seramai 150 orang guru pelatih PISMP ( Pendidikan Sains) daripada empat kampus Institut Pendidikan Guru yang berlainan. Kajian menggunakan kaedah tinjauan dan bersifat kuantitatif. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik ‘Kefahaman tentang sains dan inkuiri saintifik serta sikap dan pengetahuan tentang isu sosiosaintifik’. Data kuantitatif diedarkan dan dikumpulkan kembali untuk dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 20.0. Analisis tahap kefahaman tentang sains, inkuiri saintifik dan pengetahuan isu sosiosaintifik menggunakan frekuensi dan peratusan. Perhubungan antara kefahaman tentang sains , inkuiri saintifik terhadap sikap isu sosiosaintifik dianalisis dengan analisis korelasi Pearson manaka hubungan antara pengetahuan isu sosiosaintifik terhadap sikap sosiosaintifik juga menggunakan korelasi Pearson. Menjadi harapan  agar kajian ini akan memberi impak yang positif dalam melakukan penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran sains dalam kalangan guru pelatih di IPG.

 

 

 

Pembinaan Modul Dalam Pendidikan Muzik

 

Mubin bin Md Nor

IPG Kampus Ipoh

 

Tujuan kajian ini untuk  membangunkan satu modul pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Muzik Instrumental  trumpet Tingkatan Satu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah   yang berkesan kepada tenaga pengajar dan pelajar. Melalui kajian ini aspek  penilaian modul merangkumi domain kognitif, domain psikomotor, domain afektif dan motivasi. Reka bentuk kajian berupa kaedah eksperimen ujian  pra dan pasca (Pre-Posttest design). Data pencapaian pembelajaran menggunakan Modul pembelajaran Kemahiran Muzik Instrumental  trumpet  dan tidak menggunakan Modul pembelajaran Kemahiran Muzik Instrumental  trumpet  dihuraikan secara sistematik bagi meninjau  tahap pencapaian subjek pelajar. Soal selidik persetujuan guru  digunakan bagi mengetahui keberkesanan penggunaan Modul pembelajaran Kemahiran Muzik Instrumental  trumpet Tingkatan Satu. Sampel terdiri daripada 16 orang guru dan 320 pelajar Tingkatan 1 daripada 8 buah sekolah dalam negeri Perak. Tempat kajian melibatkan Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Berasrama Penuh  Kerajaan (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),  Sekolah Menengah Harian (Khas Perempuan), dan Sekolah Menengah Harian (Khas lelaki)   dalam  negeri Perak.                         

 

 

 

 

Relationship Between  Multiple Representations  Skills Towards The Achievement  In The Graph Sketching Of  The Functions Among  Trainee Teachers

 

Noradzimah bt. Abdul Majid

IPG Kampus Ipoh

 

This study  represents a qualitative experimental research. It is designed  to examine the effectiveness of multilple represetation skills like pencil and paper method and computer software  like Geometers Sketch Pad (GSP)  to sketch the graph of the functions. This study involves  50 Semester 4 undergraduates  Mathematics Trainee Teachers  under  PISMP  program as the respondents  from  Institut Pendidikan Guru,  Ipoh. The subject chosen is Basic Calculus,  where one topic that is Differentiation is taken for research to be done.  For a lecturer, she/ he has options to deliver the lesson by using any methods that she/he prefers. I as a researcher focusses on the topic ‘Curve Sketching’ where the trainee teachers need to sketch the graph of function, find the extremum points and their behavior by using different representational methods like  traditional method and Geometers Sketch Pad (GSP). Comparison between the effectiveness of two methods will be done through the findings from questionnaires, direct interviews with the trainee teachers and from the observation made by the trainee teacher in real class situation,  Discussions   about  the findings of the research questions are based from the trainee teachers perceptions, observations, interviews and the results from the questionnaires.  The results of this study is hoped can be goood evidence to the educators to realise the importance of choosing suitable methods which they can employ  in enhancing the trainee teachers understanding about the contents being delivered in  mathematical classroom.

 

 

Model Pembinaan Pengetahuan Kreatif Dan Inovatif untuk Pembelajaran Kolaboratif Atas Talian (KIR-KAT) Menggunakan

Sistem Pengurusan Pembelajaran

 

Siti Rosni binti Mohamad Yusoff

IPG Kampus Ipoh

 

Pemikiran yang kreatif dan inovatif menjadi penyumbang kepada produktiviti negara. Kaedah pembelajaran sedia ada serta penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) belum berjaya menerapkan elemen kemahiran berfikir kreatif dalam kalangan pelajar. Kaedah pembelajaran kolaboratif berpotensi menerapkan 15 elemen kemahiran berfikir kreatif semasa interaksi bersama ahli komuniti melalui perkongsian idea, pertukaran pendapat, penambahbaikan idea, penilaian dan persetujuan bersama. Kajian ini bermatlamat untuk mereka bentuk, membangun dan menilai model pembinaan pengetahuan kreatif dan inovatifuntuk pembelajaran kolaboratif atas talian (KIR-KAT) menggunaSistem Pengurusan Pembelajaran. Metodologi kajian berpandukankaedah kajian kes dan kaedah reka bentuk berarahan. Data dikumpulkan melalui temu bual, tinjauan persepsi, analisis mesej dan analisis log sistem. Instrumen kajian ialah skedul temu bual, soal selidik kebolehgunaan, soal selidik keberkesanan dan prototaip Sistem Pengurusan Pembelajaran Kolaboratif-Pengetahuan (e-Kolaborasi). Hasil penilaian kebolehgunaan menggunakan skala Likertlima mata menunjukkan bahawa sistem mempunyai reka bentuk berarahanyang boleh diikuti dengan mudah untuk melaksanakan aktiviti kolaboratif atas talian (min=4.11), mempunyai reka bentuk aktiviti yang sesuai (min=4.13) dan mempunyai antara muka yang memuaskan (min=3.91). Hasil penilaian keberkesanan sistem pula menunjukkan bahawa fungsi-fungsi sistem adalah berkesan (min=4.23), mempunyai agihan tugas komuniti yang jelas (min=4.20) dan dapat menunjukkan peranan komuniti dengan baik (min=4.35). Reka bentuk sistem mampu mencapai matlamat pembelajaran dengan baik (min=4.24) dari aspek kemahiran berfikir (min=4.27), kemahiran TMK (min=4.19), kemahiran kerja berpasukan (min=4.24) dan kemahiran kendiri (min=4.19). Walau bagaimanapun, peraturan penggunaan sistem adalah kurang berkesan (min=3.64) apabila dilaksanakan serentak dengan pembelajaran amali. Tahap kerisauan yang rendah semasa mengguna sistem (min=3.64) menunjukkan bahawa responden mempunyai sikap yang positif terhadap aktiviti perkongsian idea dan maklumat melalui pembelajaran kolaboratif atas talian. Analisis tema menunjukkan 10 elemen kemahiran berfikir kreatif berjaya diterapkan iaitu menjana idea, menghubungkait, membuat inferens, meramal, mengitlak, menganalogi, imitasi, inovasi, mereka cipta dan menyelesaikan masalah. Hasil penilaian sistem menunjukkan bahawa model KIR-KAT boleh digunakan secara berkesan untuk menerapkan kemahiran berfikir kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.  Sumbangan penyelidikan ini adalah (i) model pembinaan pengetahuan kreatif dan inovatif untuk pembelajaran kolaboratif atas talian(KIR-KAT) (ii) matriks keperluan aktiviti pembelajaran kolaboratif atas talian (iii) reka bentuk antara muka sistem e-Kolaborasi dan (iv) instrumen kajian soalan temu bual, soal selidik kebolehgunaan dan keberkesanan.

 

 

 

Aplikasi Terapi Bermain Adrerian Dengan Peningkatan Konsep Kendiri Dalam Mengurangkan Kebimbangan Ke Atas Penderaan Fizikal Kanak-Kanak

 

Zahari b. Sarji

IPG Kampus Ipoh

 

Secara umumnyanya, kajian ini akan menilai keberkesanan terapi kelompok permainan kanak-kanak  dalam  meningkatkan  konsep kendiri dan mengurangkan kebimbangan bagi kanak-kanak penderaan fizikal. Kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji adalah rawatan berpandukan pendekatan Terapi Bermain Adlerian (TBA).  Dalam rawatan ini pengkaji menggunakan modul  terapi yang dibina oleh pengkaji. Modul akan diuji kesannya terhadap  kanak-kanak yang mengalami penderaan fizikal khususnya bagi kanak-kanak di rumah-rumah jagaan kanak-kanak  dibawah JKM. Objektif kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan terapi rawatan penderaan fizikal ke atas kanak-kanak bagi meningkatkan  konsep kendiri rendah.  Bagi memperolehi hasil kajian tersebut, rekabentuk kajian   experiment-kuasi digunakan.  Bagi menentukan kesan rawatan TBA  rekabentuk “Nonequevalent Comparison Groups”  (NCG) akan digunakan dalam kajian ini.  Dalam NCG terdapat dua kumpulan, iaitu experiment dan perbandingan.  Kumpulan experimen diletakan di bawah kumpulan rawatan (O1) manakala kumpulan perbandingan dijadikan sebagai kumpulan kawalan (O2).  Kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra dan pos.  Hanya kumpulan O1 sahaja diberikan rawatan ( X ). Bagi menentukan kesan rawatan TB dua alat ukur digunakan pada pra dan pos rawatan iaitu Piers-Harris Children’s Self Concept Scale  dan  State-Trait Anxiety Inventory For Children (STAIC).  Rekabentuk seperti yang dinyatakan dapat membantu mengesan samada statistic regrasi sedang berlaku dalam satu kumpulan dan bukan yang satu lagi.

 

 

Learning  Style In Secondary School For Literary Text

 

Lizarose bt. Abdullah

IPG Kampus Ipoh

 

The ways in which an individual characteristically acquires, retains, and retrieves information are collectively termed the individual's learning style. Mismatches often occur between the learning styles of students in a language class and the teaching style of the instructor, with unfortunate effects on the quality of the students' learning and on their attitudes toward the class and the subject. This paper defines several dimensions of learning style thought to be particularly relevant to foreign and second language education, outlines ways in which certain learning styles are favored by the teaching styles of most language instructors, and suggests steps to address the educational needs of all students in foreign language classes. The rnotion of learning style as a construct that affects individual students' learning preferences is to examine the relationships between student learning styles and these instructional contexts. This article uses Kolb's (1984) Experiential Learning Model constructs as the basis for translating learning style theory into the following university teaching practices: classroom learning, group assignments, essay research-writing instruction, and examinations.

 

 

Gaya Pembelajaran Murid Sukar Belajar (SB) Dalam

Mata Pelajaran Pendidikan Islam Dan J-QAF

 

Mohd. Razimi b. Husin

IPG Kampus Ipoh

 

Penyelidikan ini bertujuan meneroka gaya pembelajaran murid sukar belajar (SB) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF serta memahami persekitaran yang mempengaruhi gaya pembelajaran mereka. Kajian dijalankan terhadap murid-murid sekolah rendah di kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang berumur antara 10 hingga 12 tahun.  Model Gaya Pembelajaran Dunn dan  Dunn dijadikan panduan dalam pemerhatian kerana model ini dikatakan paling sesuai diaplikasikan kepada murid-murid SB.  Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes di mana data kajian diperolehi melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.  Seramai 5 orang peserta penyelidikan dalam kalangan murid SB di sekolah rendah integrasi negeri Perak.  Murid-murid yang dipilih adalah mempunyai ciri-ciri kefungsian belajar yang hampir sama.  Data-data yang diperolehi akan diperjelaskan secara kualitatif.  Kajian ini akan memperkembangkan lagi strategi pembelajaran dalam kalangan murid SB serta membanntu penyelidik membina strategi atau model pembelajaran kepada mereka.  Kajian ini juga akan membantu penyelidik memahami dan menentukan dengan jelas sama ada murid dapat belajar dengan baik melalui pembelajaran berasaskan gaya pembelajaran atau sebaliknya. 

 

 

 

Gaya  Pembelajaran Pendidikan Islam

Dalam Kalangan Murid Orang Asli Di Perak

                                                                                

Mohamad Yusri bin Bakir

IPG Kampus Ipoh

 

Lebih 50 peratus Orang Asli di negara ini dijangka berada di bawah garis kemiskinan dan miskin tegar berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat yang turut dirasai masyarakat tersebut, kata Anggota Dewan Negara yang mewakili masyarakat Orang Asli. Menurut Zainal Abidin Borhan (1984) pelaksanaan pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli dilaksanakan setelah penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada tahun 1953. Hal ini berlaku kerana penempatan masyarakat iniyang jauh di pedalaman. Mereka lebih mementingkan kesenambungan dalam hidup.Kitaran hidup mereka lebih hanya kepada kemahiran memburu, menangkap ikan, mengumpul hasil hutan seperti rotan, kayu gaharu, damar, madu dan sebagainya yang menyebabkan pelajaran formal tidak penting bagi mereka kerana system persekolahan tidak melatih mereka untuk hidup dalam hutan yang tebal. Walau bagaimanapun, dasar JHEOA melalui pendidikan tetap member keutamaan kepada matlamat memberi pendidikan yang membolehkan masyarakat Orang Asli dapat membaca, menulis dan mengira. Secara umumnya kepentingan pembelajaran pendidikan Islam di kalangan kanak-kanak orang Asli adalah merupakan satu perkara yang amat penting. Proses penerimaan pembelajaran Pendidikan Islam dilaksanakan mengikut peraturan yang sedia ada, tetapi bagaimanakah bentuk dan kaedah yang sesuai bagi masyarakat murid orang Asli mudah untuk menerima dan memahami Pendidikan Islam di sekolah rendah. Dalam konteks Pendidikan Islam, matlamat tidak ditentukan oleh masyarakat dan falsafah atau pemikiran bebas manusia bahkan ditetapkan oleh agama itu sendiri. Murid orang Asli sering dianggap terpinggir dari segi pendidikan termasuklah Pendidikan Islam. Justeru itu sesuai dengan peranan Pendidikan Islam yang bersepadu iaitu membawa maksud kesepaduan dari fitrah manusia kerana manusia itu sendiri adalah dari kesepaduan rohani, jasmani, akal dan emosi.Membantu murid orang Asli memudahkan kerana menerima dan memahami Pendidikan Islam akan membawa kepada sebuah masyarakat orang Asli yang lebih terbuka, beriman dan dapat melaksanakan tuntutan agama dengan baik. Sehubungan itu, perlunya menggariskan beberapa strategi bagi membangunkan masyarakat Orang Asli di Malaysia termasuk pembangunan modal insan melalui pendidikan, pembangunan ekonomi dengan membangunkan usahawan selain pembangunan infrastruktur secara holistik. Selain kesedaran dan kerjasama daripada masyarakat Orang Asli, pihak kerajaan, swasta dan institusi pengajian tinggi juga diharap membantu memberi peluang kepada golongan terbabit dalam pendidikan, pekerjaan dan keusahawanan.

 

 

Mereka bentuk Dan Menguji Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Penyebatian Berfikir Kritis Untuk Mata Pelajaran Fizik Tingkatan Empat  Dalam Tajuk Haba

 

Badariah binti Hashim

IPG Kampus Ipoh

 

Kementerian Pelajaran Malaysia mementingkan kemahiran berfikir dan diserap dalam kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia bermula awal tahun 1990an.  Kurikulum terkini di Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah (KSSR) 2011juga memfokuskan untuk melahirkan insan  yang mempunyai kemahiran berfikir sebagai satu elemen yang penting.  Walaubagaimanapun didapati tahap pemikiran kritis pelajar sekolah ditahap sederhana dan guru-guru pula memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk mengajar kemahiran berfikir kepada pelajar-pelajar.  Berdasarkan keputusan Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011, Malaysia berada ditangga 32 manakala pada tahun 2007 berada ditangga 21.  Kemerosotan pencapaian ini sangat membimbangkan dan langkah untuk memperbaiki perlu ditangani segera.  Pada tahun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia memulakan kajian rintis program i-think dan pada tahun 2014 semua sekolah akan terlibat dalam program i-think.  Oleh itu kajian ini merekabentuk pengajaran dan pembelajaran mengaplikasikan teknik penyebatian berfikir kritis dalam matapelajaran Fizik khusus tajuk haba tingkatan empat dalam usaha untuk menilai rekabentuk dan menyediakan buku panduan guru melaksanakan penyebatian berfikir kritis dalam tajuk haba. Kajian ini menggunakan rekabentuk quasi eksperimen.  Ia melibatkan sejumlah 120 pelajar daripada empat buah sekolah daripada daerah Kinta Utara di negeri Perak.  Persampelan rawak bertujuan dilakukan iaitu pelajar Tingkatan Empat daripada aliran Sains.  Sampel dipadankan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.  Instrumen untuk ujian pra dan pos ialah MyCity versi 2 dan Haba Kritis.  Manakalan instrumen motivasi diberikan sebanyak tiga kali selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ujian rintis telah dijalankan dan masih dalam peringkat akhir analisa data.   

 

 

Second Language Interference In PISMP Students’ Writing

 

Punethawathi a/p  A. Rajagopal

IPG Kampus Ipoh

 

This study seeks to analyze the errors in ESL writing collected from a corpus of essay of college students. The errors were analyzed using the Corder and Ferris Model. The design of this research is Qualitative using a corpus of written essays. This study sets out to look at essays from 60 students chosen randomly in a teacher’s training college. The errors in two types of essays which are descriptive and narrative would be analyzed and this would cast insights into reasons underlying the instances in which errors are committed.  To consolidate the data a questionnaire was conducted to get feedback from the students. This study would analyze the causes and sources of errors and also to investigate whether the causes are due to interference or transfer of language. The types of errors are interlingua, transformational or intralingua The causes of errors are induced, developmental or ambiguous. This study shows the significant differences in the types and causes of errors made by the students. The findings show that errors made by students were mostly due to interference of mother tongue and transfer of learning from L1 to second language. The ESL students think and put their thoughts in their mother tongue when they write in English. Gaining insights into errors made would therefore throw light into areas of difficulties faced by students.  It is suggested that students must have adequate exposure and practice in L2 to be able to internalize rules and reduce tendency of committing errors.

 

 

 

Kesan Latihan Mental Terhadap Efikasi Kendiri, Kesepaduan  Pasukan Dan Kompetensi Kejurulatihan Sukan Berpasukan

 

Saiful Bahri b. Mat

IPG Kampus Ipoh

 

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sukan berpasukan seperti efikasi kolektif pasukan, kesepaduan pasukan dan kompetensi kejurulatihan. Tujuan utama kajian ini dilakukan untuk melihat kesan latihan mental terhadap efikasi kolektif, kesepaduan pasukan dan kompetensi kejurulatihan ke atas sukan berpasukan di Malaysia. Alat latihan mental yang akan digunakan dalam kajian ini ialah Goal Setting (Penetapan Matlamat), Self Talk (Bicara Kendiri) dan  Imagery (Imageri). Program intervensi selama 8 minggu yang melibatkan ketiga-tiga alat latihan mental tersebut dijalankan ke atas 36 orang pemain hoki lelaki (N=36 18 pemain bawah 15 tahun, 18 pemain bawah 18 tahun) pasukan Negeri Perak yang akan menyertai Pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Sebanyak 3 set instrumen kajian iaitu Group Environment Questionnaire (GEQ), Collective Efficacy Questionnaire for Sports (CEQS) dan Coaching Competency Scale (CCS) akan ditadbir pada peringkat Ujian Pra dan Ujian Post. Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan Deskriptif dan Statistik Infrensi. Pada akhir kajian satu modul berkaitan Program Latihan Mental akan dapat dihasilkan untuk digunapakai bagi meningkatkan prestasi sukan berpasukan khususnya permainan hoki.

 

 

Pembinaan Modul Bagi  Meningkat Kemahiran Visualisasi Tiga Dimensi

Di Kalangan Pelajar-Pelajar Kognitif Rendah Dalam Mata Pelajaran Matematik

 

Abdul Rashid bin Abdul Rahman

IPG Kampus Ipoh

 

Kajian ini bertujuan mengkaji untuk satu Modul Pengajaran berbeza tahap realistik dalam   pengajaran dan pembelajaran  mata pelajaran Matematik bagi tajuk Pelan dan Dongakan. Pembinaan modul  telah direka bentuk serta dibangunkan secara sistematik berasaskan Model Reka Bentuk dan Pembangunan Pembelajaran Alessi & Trollip (2001) dan Adegan Pengajaran Gagne (1985) yang dinamakan sebagai Modul Pengajaran Tiga Dimensi (MP3D). Pengkaji juga cuba mengaitkan intervensi berasaskan  Teori Van Hiele dan Taksonomi SOLO (Structure of the Observed Learning Outcome) lalu membentuk satu kerangka konsepsual  pembelajaran dikenali sebagai Visualisasi Tiga Dimensi (V3D) yang berasaskan kepada Model Pemprosesan  Maklumat (Gagne, Briggs & Wager, 1992) dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer, 2001). Pengkaji menggunakan kajian eksperimental dengan kaedah reka bentuk  faktorial 2 x 2 bagi mengkaji keberkesanan utama pembolehubah bebas dan kesan interaksi di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah moderator. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kumpulan kawalan pasca ujian – pra ujian (Campbell dan Stanley 1963). Pembolehubah moderator pula ialah kebolehan visualisasi spatial dan jantina pelajar. Sampel kajian ini terdiri daripada 500 pelajar Tingkatan Empat. Data-data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Prosedur ANOVA digunakan untuk mengkaji kesan utama dan kesan interaksi di antara pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar. Pelajar yang didedahkan dengan Modul Pengajaran V3D memperolehi skor min peningkatan pencapaian yang lebih rendah secara signifikan berbanding pelajar yang didedahkan dengan mod biasa.  Ringkasnya, kajian ini akan melihat Modul Pengajaran V3D mudah difahami serta dapat membantu mereka yang lemah dalam membuat visualisasi 3D pada tahap sederhana realistik dan  memudahkan pembelajaran berbanding dengan mod biasa  walaupun V3D  menyediakan kiu-kiu visual yang relevan dalam bentuk padat dan jelas.

 

 

Reka bentuk Dan Pembangunan Perisian Rekabentuk

Pengajaran Berasaskan Persuasif Tunneling

 

Mohd Zaki bin Jamaluddin

IPG Kampus Ipoh

 

Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah perisian Rekabentuk Pengajaran menggunakan elemen persuasif tunneling. Perisian ini dibangunkan bagi menangani masalah perancangan pengajaran dan pembelajaran yang tidak relevan dan sesuai oleh guru pelatih. Walaupun terdapat laporan menyatakan prestasi guru permulaan pada tahap yang memuaskan (Mohamad dan Kamarul, 2010)  tetapi laporan dari pentadbir sekolah berdasarkan kajian kualitatif yang dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Guru (Mohd dan Fatimah, 2010) mendapati terdapat masalah dari aspek penguasaan dalam aspek perancangan pengajaran dan lemah dalam penggunaan kaedah pengajaran. Begitu juga dengan guru pelatih yang menjalani praktikum, dapatan kajian korelasi yang telah dijalankan oleh Abdul et.al (2011) merumuskan kursus pedagogi dan penyeliaan klinikal amat penting walaupun guru pelatih telah diberi latihan secukupnya dalam aspek pedagogi, psikologi dan amalan profesional. Hasil dapatan kajian-kajian ini, pengkaji mendapati pentingnya diwujudkan satu instrumen yang dapat membantu guru pelatih untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berasaskan pengetahuan pedagogi, psikologi dan amalan profesional yang telah mereka miliki. Diharapkan perisian ini dapat membantu guru pelatih dalam merancang reka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi keperluan yang ditetapkan.

 

 

 

Kesan Kognitif Penggunaan Visual Dalam Pembelajaran Multimedia

Untuk Meningkatkan Kemahiran Psikomotor Ke Atas

Pelajar Yang Berbeza Kebolehan Spatial

 

Abdullah b. Hj Abdul Rahman

IPG Kampus Perlis

 

Pada masa ini pembelajaran berasaskan Web dianggap oleh sebahagian pendidik sebagai satu cara pembelajaran terkini yang sepatutnya diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah.Walau bagaimanapun samada ianya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar masih menjadi tanda tanya. Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan laman web dan Internet masih belum menjamin pembelajaran yang berkesan jika reka bentuknya masih menggunakan pendekatan lama yang bersifat linear terutama untuk meningkatkan kemahiran psikomotor ke atas pelajar yang berbeza kebolehan spatial. Kajian kuasi eksperimen 2 x 3 ini  bertujuan untuk melihat keberkesanan tentang kesan kognitif penggunaan visual dalam pembelajaran multimedia sama ada ia berkesan untuk meningkatkan tahap pencapaian dan penguasaan kecekapan kemahiran psikomotor bagi pelajar yang berbeza kebolehan spatial. Dua koswer pembelajaran berbantukan komputer berbentuk laman web yang menggunakan mod penyampaian (video - no sound with printed text – V-PT)  dan mod penyampaian (video -  with narrated text – V-NT) telah dibangunkan. Koswer ini merangkumi topik Reka Cipta bagi komponen teras dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Tiga. Seramai 260 orang pelajar Tingkatan tiga yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup berinteraksi dengan beberapa siri paparan koswer pembelajaran berbantukan komputer berbentuk laman web  bertajuk “ Membentuk Ruang Tempat Kediaman”.

 

 

 

 

 

Phonics Instruction In The Malaysian ESL Reading Class;

Its Effectiveness, The Teachers’ Practice And Perceptions

 

Ernie Adnan

IPG Kampus Perlis

 

The main objective of the study to investigate the effectiveness of the phonics instruction employed recently in the Malaysian ESL reading classroom which is inculcated in KSSR, the new curriculum for Malaysian primary schools. The researcher is keen to know whether phonics instruction, which has been used in reading classes all over the world can help improving the skill of reading, especially when the students are dealing with difficult and unfamiliar words while reading. Another phase of the study will be dealing with analyzing the teachers’ practices which include the techniques and the methods during the teaching of reading using the phonics instruction. In addition, the researcher wants to examine the teachers’ perceptions and beliefs on the utilization of the phonics instruction in teaching the students to read. Both quantitative and qualitative methods will be utilized in collecting the data. In order to investigate the effectiveness of the phonics instruction, pre-assessment and post-assessment on phonics designed by the researcher will be conducted on selected samples which involved Year One students. The pre-assessment will be done at the beginning of the year while the post-assessment will be conducted at the end of the year. Through the assessment, the researcher will be able to measure the students improvement in their reading skill and at the same time can investigate how effective the phonics instruction is when used in the reading class. A set of questionnaire will be constructed in order to collect data from teachers regarding the teaching methods and the teachers opinion on the utilization of phonics instruction in a reading class. The researcher will also conduct interviews with the teachers who are directly involved in using phonics instruction in the class to have a better understanding about the practice. It is hoped that the research will be able to shed some lights on the new approach implemented in the improved curriculum dealing with reading lesson.

 

 

 

Pengurusan Kewangan Kokurikulum Dan Hubungannya

Dengan Prestasi Kokurikulum Sekolah

 

Mariani bt. Ali

IPG Kampus Perlis

 

Kajian ini dilaksanakan bagi melihat keberkesanan pengurusan kewangan kokurikulum sejak kerajaan memberi peruntukan khas kokurikulum mulai tahun 2006. Aktiviti kokurikulum sebelum ini tidak dilaksanakan secara optimum kerana pihak pentadbiran sekolah menghadapi banyak kekangan. Antara masalah yang dikenal pasti adalah masalah kewangan yang tidak mencukupi bagi menampung terlalu banyak aktiviti. Oleh itu kajian ini dibuat bagi mengkaji sama ada aktiviti kokurikulum bertambah selaras dengan peruntukan yang diterima dan adakah prestasi kokurikulum sekolah juga turut meningkat terutama daripada aspek penglibatan pelajar dalam aktiviti, pencapaian pelajar dalam kokurikulum, peningkatan prasarana kokurikulum serta pengiktirafan yang diterima oleh sekolah dalam bidang kokurikulum. Adalah diharapkan melalui kajian ini, pelaburan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan menghasilkan pulangan yang sewajarnya melalui pertambahan bilangan aktiviti kokurikulum di sekolah. Seterusnya penglibatan pelajar lebih menyeluruh dalam tiga komponen utama kokurikulum iaitu sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta aktiviti unit beruniform di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Populasi kajian adalah semua Penolong Kanan Kokurikulum sekolah menengah di zon utara iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Penyelidik menggunakan satu set soal selidik yang diubahsuai daripada penyelidik sebelum ini berkaitan dengan pengurusan kewangan dan pengurusan kokurikulum. Manakala sebahagian lagi item soal selidik dibina sendiri berdasarkan maklumat yang ingin diperoleh daripada responden. Soal selidik dipos  ke sekolah-sekolah kajian. Data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 16.  Analisis data yang diguna pakai dalam kajian ini adalah frekuensi, min, sisihan piawai, korelasi, khi kuasa dua dan ujian t.

 

 

Pembinaan Dan Penilaian Modul Pemulihan Intensif  dan  Berterusan Berdasarkan Model Pembangunan Modul Sidek dan Teori Belajar Ibnu Khaldun

 

Naziroh bt. Ibrahim

IPG Kampus Perlis

 

Modul pembelajaran merupakan sumber rujukan dan panduan kepada murid dalam proses pembelajaran. Setiap modul yang dibina telah ditetapkan objektif yang ingin dicapai. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan maka proses pembinaan modul adalah diasaskan  kepada prosedur yang bersistematik agar modul yang dihasilkan adalah bermutu. Pembinaan Modul Pemulihan Intensif dan Berterusan ini dibangunkan berdasarkan Model Pembangunan Modul Sidek dan Teori Belajar Ibnu Khaldun. Modul ini mengutamakan satu pola pembelajaran secara latih tubi yang berterusan yang dilaksanakan dalam kelas pemulihan jawi tahun lima. Pembinaan Modul Intensif Dan Berterusan ini bertujuan membantu murid pemulihan jawi tahun lima agar dapat menguasai pelajaran jawi melalui kaedah latih tubi yang dilakukan secara intensif dan berterusan. Proses pembelajaran dilakukan sehingga murid dapat menguasai sesuatu isi kandungan pelajaran yang dimulakan dari mudah kepada kompleks. Pelaksanaan kaedah latih tubi ini diasaskan  kepada dua konsep pembelajaran Ibnu Khaldun yang disesuaikan bagi murid pemulihan iaitu konsep Malakat dan Tadrij. Konsep Malakat ialah amalan belajar yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga menghasilkan satu pekerjaan yang kukuh dan menjadi kebiasaan. Manakala konsep Tadrij adalah proses belajar ini dihasilkan secara beransur-ansur, berperingkat-peringkat dan secara berterusan. Berdasarkan konsep belajar tersebut, maka modul pemulihan intensif dibina dengan berhati-hati agar modul yang dihasilkan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Setiap bab mengandungi hasil pembelajaran (objektif), pengenalan, isi pelajaran dan aktiviti yang dilengkapkan dengan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Penilaian modul terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kesahan pakar, kebolehpercayaan, dan penilaian keberkesanan. Seramai dua orang pakar bidang Pemulihan Jawi dan Pendidikan Islam menilai kesahan modul dan 10 orang murid pemulihan terlibat dalam penilaian kebolehpercayaan modul, dan 10 orang murid terlibat dalam penilaian keberkesanan modul. Nilai kesahan kandungan modul yang diperolehi ialah 90% daripada pakar bidang Pemulihan Jawi manakala 80% daripada pakar bidang Pendidikan Islam. Nilai alpha kebolehpercayaan modul ialah 0.80 dan penilaian keberkesanan pula menunjukkan skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada skor min kumpulan kawalan.

 

 

 

Terapi Al-Qur’an Melalui Psikoterapi Islam Dalam Menangani Penyakit Kebimbangan (Anxiety) Dalam Kalangan Atlet Silat Olahraga

 

Norazelina binti Awang @ Man

IPG Kampus Perlis

 

Demi mencapai suatu keputusan yang baik dalam sesuatu pertandingan,ia memerlukan  masa yang begitu panjang untuk  menguasai kesemua corak keterampilan yang diperlukan dalam cabang Sukan Silat Olahraga. Selain faktor keterampilan yang tinggi  yang mesti dikuasai, atlet terpaksa  menghadapi pelbagai masalah yang berkemungkinan timbul sewaktu berlatih dan bertanding. Salah satunya adalah kebimbangan yang sering  dialami secara subjektif. Untuk mencapai  keputusan yang baik dalam Sukan Silat Olahraga, maká kebimbangan atlet sebaiknya tidak  terlalu rendah dan juga tidak terlalu tinggi  pada waktu pertandingan. Untuk itu atlet harus mempunyai pengalaman bertanding, kerana  keadaan ini   atlet akan terbiasa dengan kondisi menghadapi pertandingan yang berterusan.Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau adakah terapi al-Qur’an melalui Psikoterapi Islam dapat membantu dalam menangani penyakit kebimbangan (anxiety) dalam kalangan atlet silat olahraga.Psikoterapi Islam merupakan satu bidang profesional yang menggunakan ayat-ayat al-Qur’an sebagai terapi untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan  mental dan fizikal. Perubahan dari segi kognitif , sosial, dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik terapi al-Qur’an tertentu.Instrumen  kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah soal-selidik yang berbetuk  Skala Liket.Pengenalpastian ini adalah sangat penting  memandangkan stres boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti kemurungan,bertindak diluar jangkaan dan sebagainya seperti yang dilaporkan dalam kajian-kajian lepas.Kajian ini nanti akan merupakan kajian Quasi Eksperiment, jenis pre test and post test design, kerana sebelum diberikan layanan atau terapi, pesakit dikaji terlebih dahulu peringkat kecemasannya kemudian setelah diberi perlakuan atau terapi maka dikaji semula tahap kecemasanya, apakah mengalami penurunan tahap kecemasan atau tidak. Menurut Guy bahawa saiz minimum sampel yang dapat diterima berdasarkan kaedah penyelidikan perbandingan kumpulan statik sekurang- kurangnya 30 subjek (Hasan, 2002). Sampel yang akan digunakan dalam kajian ini adalah seramai 30 orang terdiri daripada pelajar sekolah yang mewakili negeri dalam acara Sukan Silat Olahraga.15 sampel menggunakan terapi al-Qur’an, dan 15 sampel lagi menggunakan kaunseling biasa.Teknik pengumpulan data akan menggunakan kaedah kecemasan HRS-A (Hamilton Rating Scale for Anxiety) dengan skala 0 hingga 4 bagi setiap item dan dari pengurusan dan analisa data hasil kajian nanti akan menggunakan software SPSS 10.0. Setelah data terkumpul pengkaji akan mengolah data dengan Uji T (T-Test), kerana uji ini boleh menguji dua sampel bebas yang tidak berkolerasi.Pandangan pengkaji adalah bahawa terapi al-Qur’an  tidak boleh dipisahkan dari Islam sebagai gaya hidup terutamanya di Malaysia  dalam membantu menangani stres di kalangan atlet Silat Olahraga.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

 

 

 

Analisis Keperluan Terhadap Pembinaan Modul Alternatif Dalam

Kemahiran Jahitan Pelajar Tingkatan Dua

 

Rohani binti Seman

IPG Kampus Perlis

 

Kajian ini bertujuan untuk membina modul Kemahiran Jahitan Tangan Flip Card dalam mata pelajaran Pendidikan Asas Vokalsional (PAV) (KJTFC-PAV) dan menguji keberkesanannya terhadap pelajar tingkatan dua berkaitan kemahiran asas jahitan asas dan sulaman. Kajian ini menggunakan reka bentuk Kuasai Eksperimental yang menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pasca Seramai 60 orang pelajar tingkatan dua dari dua buah sekolah menengah harian di negeri Perlis dan Melaka terlibat sebagai responden kajian. Kumpulan eksperimen telah diajar dengan menggunakan Modul KJTFC-PAV dan kumpulan kawalan mengikuti kaedah pembelajaran konvensional berasaskan modul sedia ada. Analisis keperluan telah dijalankan bagi memenuhi prosedur pembinaan modul. Ujian diagnostik dan soal selidik berkaitan pencapaian kemahiran jahitan asas dan sulaman dianalisis bagi mendapatkan data berkaitan keperluan terhadap pembinaan modul kajian. Data yang dikumpulkan menunjukkan bahawa pelajar tingkatan dua berada pada tahap yang lemah dalam kemahiran jahitan asas dan sulaman. Justeru satu pendekatan alternatif bagi membantu pelajar tingkatan dua yang didapati lemah dalam kemahiran jahitan asas dan sulaman perlu dijalankan. Oleh itu Pembinaan Modul KJTFC-PAV adalah dicadangkan bagi membantu pelajar tersebut. Prosedur pembinaan modul yang digunakan adalah berdasarkan kepada Model Dick & Carey dan Teori Konstruktivisme. Sesebuah modul yang akan dibina perlu mengikuti prosedur pembinaan yang sistematik agar modul yang dihasilkan adalah bermutu dan dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan. Oleh itu penyelidik perlu menjalankan kajian dan menganalisis keperluan terhadap pembinaan modul sebelum melalui proses penilaian keberkesanan.

 

 

 

 

 

Recasts and The Acquisition Of  English Plural Morpheme

by Young ESL Learners

 

Suliana binti Wan Chik

IPG Kampus Perlis

 

Second language acquisition researchers have claimed that feedback provided during classroom interaction facilitates second language acquisition. Recasts and its role as a form of corrective feedback remained an interesting area because of the pedagogical implications stemming from it in the second language. While earlier studies focus on adult learners, there is a scarcity, if not an absence of research that has focused on young learners, particularly in the local context. The quasi-experimental design used in this study aims at investigating the merits of using recasts on the young learners’ acquisition of second language. Three intact classes of learners will be assigned to either the recasts group 1 (Malay L1), recasts group 2 (Chinese L1) or control group. The subjects are primary school learners aged between 8 and 9 years. Each group will receive either recasts or no corrective feedback for the target linguistics errors during the task performance. A grammatical judgment test, an oral imitation test and a metalinguistic knowledge test will be used as the pretest, immediate posttest and delayed posttest. Data collected would be analysed quantitatively and qualitatively. Descriptive statistics for the three groups on all three tests will be calculated using Percentage Distribution and Measure of Central Tendency. On the oral imitation test, a close qualitative analysis using Atlas-ti software would also be implemented. Theoretical and pedagogical implications stemming from this study would offer empirical evidence of recasts and inspire teachers to provide appropriate feedback to their students to accomodate the acquisition process.

 

 

 

Penggunaan Modul Pengajaran Elemen Muzik Menerusi

Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional Di Tabika Kemas

 

Ummu Rahmah binti Arifin

IPG Kampus Perlis

 

Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau kesesuaian penggunaan modul pengajaran elemen muzik menerusi lagu kanak-kanak Melayu tradisional di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran muzik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Tabika Kemas. Selain itu, ia juga dijangka dapat meringankan kekangan guru-guru prasekolah Tabika Kemas dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran muzik dengan penggunaan modul yang disediakan. Penyelidikan ini melibatkan modul pengajaran elemen muzik menerusi lagu-lagu dari koleksi lagu-lagu kanak-kanak Melayu Tradisional.Ini juga adalah bertujuan untuk memperkenalkan lagu-lagu Melayu tradisional kepada kanak-kanak prasekolah Tabika Kemas agar mereka mengenali budaya mereka sendiri. Pemilihan lagu-lagu untuk setiap elemen muzik adalah dari koleksi lagu-lagu kanak-kanak Melayu Tradisional yang telah dibuat kajian oleh pihak UPSI. Guru-guru prasekolah dari Tabika Kemas yang dipilih dilatih menggunakan modul ini dan seterusnya melaksanakannya di dalam pengajaran mereka. Data akan dikumpul melalui temubual, soal selidik dan pemerhatian dalam kalangan guru dan murid. Hasil dari penyelidikan ini di harap dapat menerbitkan modul pengajaran elemen muzik menerusi lagu kanak-kanak Melayu tradisional dalam bentuk buku untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah Tabika Kemas.

 

 

 

 

Teknik Dephi Ubahsuaian Dalam  Reka Bentuk

Modul M-Pembelajaran Bahasa Arab Di Institut Pendidikan Guru

 

 Amani bt Dahaman

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

 

 Artikel ini melaporkan kajian tentang konsensus di kalangan pakar dalam reka bentuk modul m-pembelajaran Bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru. Lima belas orang pakar yang terlibat terdiri daripada pakar dari bidang kurikulum dan reka bentuk pendidikan, teknologi pendidikan dan bidang bahasa Arab. Teknik Delphi ubahsuaian dalam kajian ini melibatkan tiga peringkat; peringkat pembentukan instrumen Delphi, Delphi ubahsuaian pusingan pertama dan Delphi ubahsuaian pusingan kedua. Dalam pusingan pembentukan intrumen Delphi, responden akan diberikan soalan berstruktur yang digabungkan dengan soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat. Soal selidik ini dibina berdasarkan dapatan fasa analisis, model pembinaan modul Sidek dan model Instructional System Design (ISD). Untuk fasa kedua data-data dianalisis menggunakan median dan julat antara kuartil. ‘Interkuartil range’ digunakan untuk melihat perbezaan pendapat panel pakar dalam setiap pusingan dan ‘Wilcoxon matched-pairs signed-test’ digunakan untuk menentukan adakah terdapat perbezaan signifikan antara pusingan. Ia bagi membolehkan interpretasi terhadap konsensus bagi setiap item dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan kesepakatan pakar melalui Teknik Delphi Ubahsuaian memberi panduan kepada reka bentuk dan pembangunan modul m-pembelajaran bahasa Arab berdasarkan tahap kesepakatan  nilai konsensus julat antara kuartil 0 dan 1,  nilai median & mod 4 (sangat setuju) dan peratusan persetujuan. Dapatan kajian ini menunjukkan elemen-elemen yang disepakati dan mendapat konsensus panel pakar melibatkan 8 objektif modul, semua item isi kandungan yang disenaraikan, 6 strategi pembelajaran, 3 perkakasan (logistik), 4 bahan media, enam kemahiran pensyarah dan pelajar, 9 aktiviti pembelajaran dan 4 bentuk penilaian dalam modul m-pembelajaran bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

The Effectiveness Of Transformative Teaching With Analogy (TTWA) Module On Improving Motivated Use, Expansion Of Perception, Experiential Value And Conceptual Understanding In Genetics Among Student Teachers

 

Ravintheran Kalimuthu

IPG Kampus Perlis

 

The main aim of this study is to identify the prevalence of transformative experiences in genetics in terms of three interrelated and interdependent qualities: motivated use; expansion of perception; and experiential value. The study also aim to examine the effectiveness of transformative experience in overcoming misconceptions in relation to the topic genetics among pre-service teachers enrolled in a Primary Science Education Programme in Teacher Education Institute/Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia. In line with this, The Transformative Teaching-With-Analogies (TTWA) Model which incorporates the qualities of transformative experiences will be employed in developing an instructional module on genetics based on the Dick and Carey (DC) Instructional Design Model (2005). This module will be used as intervention tool in this study. For this purpose a quasi-experimental design will be used which involved a total of 120 student teachers studying pre-service Primary School Undergraduate Programme majoring in science from four IPG’s in Peninsular Malaysia. Both quantitative and qualitative research instruments will be employed in this study. The quantitative instruments were the Transformative Experience Questionnaire (TEQ), Genetics Concept Diagnostic Test (GCDT), a two-tier multiple choice diagnostic instrument which will be used to identify the level misconceptions among student teachers. The same GCDT will be used as pre-test and post-test of this study. The qualitative instruments were the semi-structured interview questions on transformative experiences and semi-structured interview questions on identifying student teachers misconceptions in genetics. The two-tier multiple choice diagnostic instruments (GCDT) developed was piloted to ensure the wording and the order of the questions, the range of answers on multiple-choice questions in order to improve the internal validity of the instrument. The content validity of each item in the test was determined by experts in biology education from one of the Malaysian university. Transformative Experience Questionnaire (TEQ) was piloted to determine its value of the reliability coefficients. SPSS Version 16.0 was used to analyze the reliability of the Likert-scale questionnaire which yielded the Cronbach’s alpha value of 0.86. The data collected in this study will be analyzed using SPSS version 21.0. Based on the research questions of this study, various descriptive and statistical tests will be employed. Hence, this study at the teacher training institute level on student teachers’ misconceptions in genetics and the effectiveness of Transformative Teaching with Analogies model in overcoming the misconceptions specifically would be a great significance to future teachers in order to upgrade themselves with effective instructional strategies for science teaching. The outcomes of the study is also expected to be a benchmark in the teacher training programme planning and implementation particularly at the Teacher Training Institute level and generally at the Ministry of Education level.

 

 

 

The Exploration of The Teaching School Program In Malaysia

 

Sabariah bt. Morad

IPG Kampus Perlis

 

This is a study about the exploration of the Teaching School program in Malaysia. The program was conceived by the policies of the Government of Malaysia, implemented by the Ministry of Education and realised by the teacher training institutions in Malaysia. It is a school program aspired to be the ‘showcase’ for the teacher training institutions and as other Malaysia primary schools point of reference to contribute to the quality of the primary school in Malaysia, to modernise and make the country more globally competitive. In the exploration to be better informed of the teaching school program under study, the stance of the study is qualitative which mainly used interviews, observation and policy documents study as means of data collection. The exploration is also based on Dewey’s conception as the foundation of the Teaching School program aspired in the document policy. It provided the range of alternative visions and rationale to identify the difference between the Teaching School on paper and in practice.The findings of the study were presented in narrative analysis manner to provide a setting to the implementation of the Teaching School innovation using the critical realist approach. The main issues of work such as the precarity of work, moral and management issues were explored and the analysis was based on the perception, empirical knowledge as well as backed by the literature review.

 

 

 

Kesediaan Pelajar  Guru, Pensyarah IPG, kemudahan dan Sikap  Terhadap 

Kualiti Penglibatan  Pengajaran dan Pembelajaran  Atas Talian

 

Adnan bin Omar

IPG Kampus Pulau Pinang

 

Perkembangan pesat dunia teknologi maklumat komunikasi  samada secara langsung atau tidak, turut memaksa dunia pendidikan mengalami perubahan dari sudut  pengajaran dan pembelajaran.  Pengintegrasian TMK  dalam pengajaran dan pembelajaran selain bertujuan melahirkan tenaga pengajar yang  berkompetensi,  ia juga merupakan persediaan melahirkan pelajar yang cemerlang sejajar dengan matlamat ke arah pendidikan bertaraf dunia. Dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG), pembelajaran dalam talian (OLL) telah diperkenalkan oleh pihak IPGM bertujuan mewujudkan interaksi pelajar dan tenaga pengajar tanpa perlu bersemuka.  Kertas konsep ini membuat tinjauan mengenai kesan penggunaan OLL bukan sahaja kepada para pelajar guru PPG tetapi juga kepada pensyarah IPG dari beberapa sudut. Pertama, apakah kesediaan penglibatan pelajar guru PPG dan pensyarah IPG dalam pembelajaran atas talian. Kedua, apakah sikap pelajar guru PPG dan pensyarah IPG terhadap pembelajaran atas talian ini. Seterusnya, tinjauan juga melihat apakah kekangan-kekangan semasa pembelajaran atas talian ini dijalankan. Kertas konsep ini akan mengupas dan menghuraikan segala permasalahan di samping mengemukakan beberapa cadangan untuk tujuan penambahbaikan pembelajaran atas talian.

 

 

 

Hasil Karya Novel R-Kartigesu: Suatu Kajian Berdasarkan Teori Hermeneutik

 

Balu a/l Subramaniam

IPG Kampus Pulau Pinang

 

Novel merupakan suatu genre yang berkemampuan untuk memaparkan liku-liku kehidupan sesuatu zaman. Ia juga kadangkala menjadi dokumen yang mengandungi bahan sejarah. Justeru itu, dalam kajian ini novel-novel karya R. Karthigesu dijadikan sebagai sumber premier. Kajian ini menjurus kepada budaya, pemikiran dan kepercayaan masyarakat India di Malaysia. Objektifnya adalah melihat kepada perubahan yang diterima melalui pengaruh luar dan pengekalan unsur-unsur ini. Disamping itu, tanggapan feminisme dalam masyarakat India  juga dikaji. Ini adalah kerana feminisme yang diperkenalkan oleh Eropah tidak sesuai untuk masyarakat India pada keseluruhannya. Dengan itu, untuk tujuan mengupas isu-isu ini disamping analisa kandungan dan kritikan, teori hemenutik juga digunakan. Teori ini akan membantu untuk mengupas unsur-unsur yang tersirat dalam karya. Unsur-unsur  ini merupakan gagasan yang dikemukakan oleh pengarang dalam karya. Dalam kajian ini tumpuan diberikan kepada pengekalan unsur budaya tradisi dan pengaruh moden yang melanda masyarakat India untuk mengetahui apakah  halatuju  masyarakat ini.

 

 

A Narrative Study on the Impact of an International Field Experience on Malaysian TESOL Preservice Teachers: The Construction of a Professional Identity

 

Mariah Ibrahim

IPG Kampus Pulau Pinang

 

The objective of this research is to collate voices of teachers on practicum and the beginning years of teaching as they struggle through their experience of becoming teachers. Review of literature provides sufficient evidence to support the notion that teachers on practicum begin to struggle with the concept of who they are as teachers. Their struggles continue as they strive to search for their identity as they begin the journey as beginning teachers.  In line with the 5th strand of the PIPP that is to upgrade the standards of teacher, “Memartabatkan profesion keguruan”, this research aims to look into issues that are of major concern amongst teachers from the time they undertake their practicum right up to the first few years of teaching. This study draws upon the work of Janet Alsup (2005) and will use the qualitative (narrative) method to trace the teachers’ development of self for 6 preservice teachers while undergoing a teaching practicum in Malaysian and Maldives as well as their journey as beginning teachers. The arrangement  for as international practicum was undertaken by a local university with schools in Maldives. Stories will be collected and then analyzed for issues surrounding teacher identity and teacher professional development. This paper hopes to discover a pattern of young teachers struggles with identity to inform us on ways to improve teacher training.

 

 

Adjustment, Coping Styles and Academic Achievement Among

First Year Teacher Training Institute’s Trainees’

 

Ng Weng Tutt

IPG Kampus Pulau Pinang

 

Attending college or university for the first time is supposed to be a very appealing experience that could give satisfaction to students but at the same time it can also be a stressful experience for many college or university freshmen. Generally, freshmen at all levels, experience some forms of stress depending on their workload and academic needs of the college or university which they entered. They are often confronted with a variety of new personal and interpersonal challenges. Therefore, new college or university students who are unable to adjust themselves to campus life are likely to drop out from the programme. First year teacher trainees’, including those in Teacher Training Institute, Penang Campus, frequently complain about heavy academic work load, especially when they to have to combine academic and extra-curricular activities. Majority of these first year teacher trainees’, especially those who are away from home for the first time, experience a lot of pressure in their effort to adapt to university life and life at Teacher Training Institute Penang Campus in general. Usually, these first year teacher trainees’ show stress induced behaviors and maladjustment in the middle of the semester when academic work coupled with the other demands causing them to break down physically and emotionally. As a result, such a situation calls for an investigation to identify the coping strategies that first year teacher trainees’ adopt to manage stressful situation and adjustment in the academic environment. This study is guided by the following questions :(i) What coping strategies do the first year teacher trainees’ use in managing stress? (ii) To what extent are the coping strategies of first year teacher trainees’ more problem focused or emotion focused? (iii) To determine the relationship between coping and institute adjustment and academic  achievement among first year teacher trainees’ (iv) To find out the level of adjustment among first year teacher trainees’. This is a mixed-mode research and the descriptive survey will be adopted for the study. The questionnaire which are adapted to suit the study environment in this research are the Student Adaptation to College Questionnaire (SACQ) and the Way of Coping Questionnaire (WCQ). The sample for the study is 150 first year teacher trainees’ from different programmes at the Teacher Training Institute, Penang Campus. The stratified random sampling technique will be used in selecting the respondents. Version 15 of the SPSS will be used in this study for coding the questionnaires and analysis of the data. Descriptive statistics such as means, standard deviations and percentages are employed to present the data obtained besides qualitative approach.

 

 

 

Hubungan Di Antara Konsep Kendiri Dengan Pemilihan Kerjaya

Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

 

Shuhailah Mat Said

IPG Kampus Pulau Pinang

 

Kajian ini bermatlamat untuk melihat hubungan di antara konsep kendiri dengan pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar Tingkatan 4. Bagi tujuan kajian ini, empat buah Sekolah Menengah dalam daerah Kepala Batas, Pulau Pinang di pilih secara rawak, di mana seramai 100 orang pelajar Tingkatan 4 dijadikan subjek kajian. Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri juga dilihat seperti pekerjaan ibubapa, jantina dan bilangan adik-beradik. Kajian ini berbentuk deskriptif dan soal-selidik digunakan untuk mengukur data yang diperolehi. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) – Versioan 12.0.  Sementara hipotesis kajian pula diuji dengan menggunakan Pekali Korelasi. Keputusan  kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan pemilihan kerjaya. Berdasarkan  keputusan kajian yang diperolehi ini, beberapa implikasi dan cadangan telah dinyatakan.

 

 

 

Malaysia’s in Service Primary School Teachers’ Literacy Beliefs

about Reading and Writing

 

Susan Tiang

IPG Kampus Pulau Pinang

 

There are many researchers who have shown interest in the issue of teachers’ beliefs in educational institutions. However, the beliefs of ESL teachers especially among Malaysia’s in-service English teachers and the influence of these beliefs on the in-service teachers’ instructions are not widely explored. This is a study of how teachers’ beliefs towards the teaching of reading and writing skill will affect decisions they make on these two components. It is a replicated study with modification to the original study by Mildred Falcón-Huertas (2006) using the Literacy Orientation Survey (LOS) which was adapted from the LOS designed by Lenski et. al. (1998). The score from LOS is used to categorize teachers according to their literacy beliefs and practices as contructivist, eclectic or traditional. This instrument is used to discover about teachers’ beliefs about reading and writing instructions and to apply these beliefs in order to begin to narrow the gap in understanding beliefs. This study will administer a set of questionnaires (Appendix A). There are articles that showed that many teachers were aware and belief that some form of instruction of the English Language skills should be focused upon in the teaching and learning of the reading and writing  skill. Sometimes the teachers are not sure which approach to use; the communicative approach, eclectic approach or the traditional approach in the teaching of the reading and writing skill. In their confusion, the findings of this study showed that many of the teachers teach according to the way their teachers had taught them while they were in school. The research shows that their beliefs have a great influence on the decisions that they make in teaching reading and writing. According to Woods (1996), teachers’ beliefs are formed from their own language learning experiences when they were students, their teaching experience and the pre-service and in-service courses that they had attended. This study aims to provide a look into primary school teachers’ understanding of their own beliefs and how their beliefs affect their instructional practices in teaching reading and writing through a questionnaire survey.

 

 

 

Polisi Sekolah Dalam Meningkatkan Kualiti Kehidupan Kerja Guru dan Hubungannya dengan Burnout Guru: Perbandingan Antara

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan Sekolah Harian Biasa

 

Tan Lay Koon

IPG Kampus Pulau Pinang

 

Seiring dengan perkembangan pendidikan yang berlaku dalam dunia global, sistem pendidikan di Malaysia turut tidak terkecuali dari arus transformasi. Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015 menekankan kepentingan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan kepimpinan instruksional yang dipercayai dapat membangunkan sumber manusia yang diperlukan dengan tujuan mencapai visi dan misi negara. Pemimpin SBT telah diberi autonomi dalam kurikulum, pemilikan bajet, pengurusan staf berdasarkan prestasi dan penilaian berdasarkan keberhasilan. Adakah autonomi yang diberi akan meningkatkan bebanan kerja guru dan seterusnya mempengaruhi kualiti kehidupan kerja guru jika dibandingkan dengan sekolah harian biasa? Peningkatan dalam kualiti kehidupan kerja guru dapat meningkatkan komitment kerja, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan kepuasan kerja. Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamalkan oleh warga sekolah. Dengan itu, pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam mempengaruh pencapaian dan kejayaan sesebuah sesebuah organisasi sekolah. Polisi sekolah yang ditentukan oleh pemimpin sekolah akan mempengaruhi keberkesanan sekolah melalui polisi yang ditetapkan. Memandangkan pemimpin SBT di diberi autonomi tambahan yang secara langsung atau tidak langsung akan meningkatkan beban dan tekanan guru, maka kajian ini cuba mengenal pasti kualiti kehidupan kerja guru di sekolah harian dan SBT. Objektif kajian ini adalah (i) mengenal pasti polisi sekolah yang dilaksanakan di sekolah harian biasa dan SBT, (ii) mengenal pasti tahap kualiti kehidupan kerja guru dalam kalangan guru sekolah rendah harian biasa dan SBT, (iii) membandingkan kualiti kehidupan kerja guru dalam kalangan guru-guru di dua jenis sekolah rendah, (iv) menentukan dimensi-dimensi yang paling mempengaruhi kualiti kehidupan kerja, dan (v) mengenal pasti polisi sekolah yang paling dapat meningkatkan kualiti kehidupan kerja guru.          

 

 

 

Teacher Trainee Attitudes Towards Study Skills:

An Early Intervention Pilot Programme

 

Ranjit Singh a/l Malkiat Singh

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Beginning July 2013, outstanding teaching graduates from IPGK and IPTA would be appointed directly to Grade DG41 without attending an interview (Sinar Harian, 7 Nov 2012). These fresh graduates will be enjoying the government’s continuous improvement in education service which is transforming teaching as a profession of choice. The new requirement and development has caught attention majority trainees who do not achieve the required 3.50 and above CGPA to qualify the above scheme. Thus majority of them will be competing with teaching graduates from local varsities to be placed as graduate teachers. The research project arose from the need to prevent student teachers from failing to secure good grades above 3.50 CGPA in their semester examinations due to poor study skills. This study aims to investigate trainee teachers’ attitudes towards study skills and to pursue early intervention activities that enhance good study strategies. The questionnaires used to measure students attitudes towards study skills are adapted from the research instruments used by Poon, Low and Yong (2004). A total of 150 trainee teachers who scored between 2.50 – 4.00 CGPA are chosen for the pilot programme in Teacher Training Institute – Campus Tuanku Bainun. The findings of this study will help the IPGK administrators, lecturers and counselling unit to offer better learning environment and to provide early intervention skills to improve students’ academic results. Managing better college level study skills will help these trainees to achieve minimum 3.50 CGPA and above, later which will also boost their self-esteem towards a successful life as a novice teacher.

Keywords: study skills, self learning , motivation.

 

 

 

Modul Bercerita Kuantum: Satu Alternatif untuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Yang Menyeronokkan

 

Rosnan bin Mahmod Zahidin

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Modul bercerita merupakan satu gagasan idea baharu yang digubah berdasarkan konseptual bercerita secara konvensional dengan input dan elemen kontekstual murid yang lebih bertenaga dan menyeronokkan. Justeru, modul bercerita ini ditampilkan dengan membawa persepsi baharu yang lebih realistik dan menyeronokkan. Modul bercerita ini mampu membugar aktiviti lisan, bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Setiap detik dalam proses menyediakan modul ini melibatkan guru dan murid secara kolaboratif. Tiga tahap proses dikenalpasti iaitu prabercerita, semasa bercerita dan pascabercerita. Modul ini bukan sahaja dapat memandaikan murid dengan rangsangan untuk mempelajari Bahasa Melayu namun, secara korelasinya ia akan dapat membentuk budaya berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan murid-murid dalam menghasilkan karya sepanjang kehidupan mereka. Hal ini membuktikan betapa pengajaran kuantum yang menjadi asas pembinaan modul ini mampu diterjemahkan secara praktis dan realistik.

 

 

 

Amalan Kaunseling Dalam Membantu Menangani Stres Pelajar IPG

 

Salina binti Mokhtar

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Kajian terdahulu menunjukkan pelajar IPGM mengalami stress. Sehingga kini semua kajian hanya melihat tentang faktor-faktor, tahap dan kesan stress yang dihadapi oleh pelajar IPGM. Kajian ini akan memfokuskan kepada amalan kaunseling yang efektif dalam membantu menangani stress pelajar IPGM. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Amalan kaunseling dalam kajian ini adalah merujuk kepada kebiasaan atau kelaziman kaunselor dalam menggunakan apa juga kaedah, teori, proses kaunseling, penggunaan teknik, strategi dan sebagainya ketika menjalankan sesi kaunseling. Dalam konteks kajian ini, saya akan meneroka dan meninjau amalan kaunseling yang digunakan oleh kaunselor dalam proses sesi kaunseling klien stres di IPGM Zon Utara . Inventori yang digunakan adalah Inventori Student-life Stress (SSI) Gadzella (1991). Pemerolehan data adalah menerusi pemerhatian, temubual, rakaman, laporan sesi kaunseling, buku log kaunselor, buku rekod kaunselor, soal selidik dan senarai semak. Data akan dianalisis dengan menggunakan perisian QSR Nvivo. Hasil daripada kajian tersebut satu garis panduan boleh digunapakai oleh kaunselor ketika menjalankan sesi kaunseling terhadap pelajar stress di IPG seluruh Malaysia dan semoga ianya dapat menyumbang ke arah membantu meningkatkan lagi profesionalisme para kaunselor.

 

 

Tahap Pencapaian Dan Aktiviti Kemahiran Bertutur Bahasa Arab

Dalam Kalangan Murid Darjah Lima Sekolah Kebangsaan

Di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

 

Shakib Ar-Selan bin Mat Saman

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Sudah 30 tahun Bahasa Arab diperkenalkan di sekolah menengah dan 10 tahun di sekolah kebangsaan. Sebelum tahun 1995, kaedah pengajaran mata pelajaran Bahasa Arab menggunakan Kaedah Taqlidiyyah, dan diikuti selepas itu Kaedah Ittisoliah. Kini, Bahasa Arab masih belum berjaya dikuasai oleh murid untuk menjadikannya bahasa komunikasi. Oleh itu dicadangkan modul Muhadathah, Ilqaa Mufradat dan Khitabah (MIK) sebagai aktiviti tambahan untuk meningkatkan kemahiran bertutur murid sekolah. Kajian ini dilaksanakan untuk melihat tahap pencapaian kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan murid darjah lima Sekolah Kebangsaan di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang serta mengenalpasti faktor kelemahan murid menguasainya. Di samping itu untuk mengenalpasti aktiviti penambahbaikan yang digunakan oleh guru di luar bilik darjah untuk meningkat kemahiran bertutur bahasa Arab dan mencadangkan modul MIK sebagai aktiviti penambahbaikannya. Antara kepentingan kajian ini ialah untuk membantu guru bahasa Arab meningkatkan pencapaian penguasaan bertutur bahasa Arab dalam kalangan murid serta menambahkan kemahiran mempelbagaikan teknik pengajaran. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif. Terdapat dua pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini penguasaan Bahasa Arab sebagai pemboleh ubah bersandar dan modul MIK sebagai pemboleh ubah tidak bersandar. Sampel kajian terdiri daripada 10 guru mata pelajaran Bahasa Arab dan 200 murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan di daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisa dokumen berkaitan. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan tinjauan berdasarkan persepsi atau penilaian guru dan perubahan tingkahlaku murid terhadap kekuatan modul MIK dalam membantu menguasai kemahiran berbahasa Arab.

 

 

 

Relationship Between Emotional Social Intelligence and

 Self-Efficacy Among Trainee Teachers

 

Usharani a/p Shanmugasundaram

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Institutes of Teacher Education is a higher institution specially chosen to train future teacher in primary school level under the Ministry of Education in Malaysia. Besides training future teacher, it also comes up with various programmes for teachers to upgrade themselves professionally. In addition NEP actually gives educators a big push to betterment and great improvement in giving the aim and direct guidelines in their noble route in impart knowledge.. As future teachers it is our great voyage in doing our best in understanding the NEP and apply it in our teaching.Goleman (1995) has identified the abilities to: 1) know and understand one's emotions, 2) manage those emotions, 3) motivate oneself, 4) recognize emotions in others, and 5) manage interpersonal relationships, as the most important personal characteristics and abilities for success in professional endeavors, but also life in general.This research study was conducted in order to determine if there is a relationship between emotional social intelligence of trainee teachers and their self-efficacy. Emotional Social Competence Inventory will determine if the trainee teachers have developed their four clusters of emotional social competence as identified by Boyatzis and Goleman . The four clusters of competencies include a) self-awareness, b) self-management, c) social awareness and d) relationship management. The self-efficacy will be determined by using General self Efficacy Inventory by Ralf Schwarzer ( 1995).  Further, the findings from this study may be used as a reference for teacher education programs and professional development programs to ensure proper teaching behaviors and educational outcomes for teachers.

 

 

 

Using Reflective Training Module To Develop Student Teachers’ Critical Reflective Thinking Skill

 

Yeoh Hee Hee

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

 

One of the major goals in teacher education programmes of today is to produce teachers who are critical thinkers and reflective. Recent education reforms have shown that reflection and reflective practice have become central issues in the pursuit to improve the quality of teachers trained. Similarly, reflective practice has also gained prominence in the Malaysian teacher education programmes. This research is undertaken in line with the reflective paradigm and on the premise that reflective thinking is required for effective teaching. This purpose of this case study is two-fold. First, the researcher would like to design and conduct a systematic training of developing student teachers’ critical reflective thinking skills to a group of student teachers prior to their teaching practicum. These skills are deemed necessary and crucial in a beginning teacher’s journey of learning to teach which is a life-long developmental process. The second part would involve an in-depth investigation on the impact of this reflective training approach in improving these student teachers’ teaching practice. Data would be collected in multiple forms i.e. their reflective journals, post-lesson reflections, lesson observations and focus group and semi-structured interviews. Data analysis would be carried out qualitatively.

 

 

 

Keberkesanan Modul Pemulihan Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Terhadap Kemahiran Membaca

 

Zambri bin Ahmad

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Tulisan Jawi yang asalnya merupakan tulisan rasmi bagi Bahasa Melayu telah mengalami transformasi yang begitu hebat sejak dari abad ke 10 hingga ke abad 20 Masihi. Perubahan dalam bentuk tulisan dan ejaan ini turut mempengaruhi kurikulum pendidikan di sekolah. Kajian ini dicadangkan bagi melihat sejauhmanakah keberkesanan modul pemulihan jawi yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap murid-murid tahun satu terhadap aspek kemahiran membaca. Antara kepentingan kajian ini ialah untuk membantu guru pendidikan Islam meningkatkan pencapaian penguasaan kemahiran membaca jawi dalam kalangan murid serta mengenalpasti aspek-aspek yang perlu di beri penekanan semasa sesi pengajaran dilakukan bagi memperkukuhkan lagi aspek bacaan murid. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif. Terdapat dua pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini iaitu modul pemulihan jawi sebagai pemboleh ubah bersandar dan kemahiran membaca sebagai pemboleh ubah tidak bersandar. Sampel kajian terdiri daripada guru- guru j-QAF dan murid tahun satu. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen berkaitan. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan tinjauan berdasarkan persepsi atau penilaian guru dan perubahan tingkahlaku murid terhadap kekuatan modul pemulihan jawi dalam membantu menguasai kemahiran membaca tulisan jawi..

 

 

 

Sikap, Norma Subjektif Dan Efikasi Diri Terhadap Penglibatan Aktiviti Fizikal

Dalam Kalangan Murid-Murid Sekolah Rendah

 

Ang Ha Loon

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan tingkah laku murid-murid sekolah rendah khususnya murid-murid tahun lima terhadap penglibatan dalam aktiviti fizikal dan seterusnya menilai tahap penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal. Kajian ini perlu dijalankan sebab di zaman berteknologi tinggi atau eletronik yang melanda dunia pada hari ini, murid-murid sekolah turut menyertai “kumpulan i-situ” di mana mereka banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan alat-alat elektronik daripada melibatkan diri dalam sebarang bentuk aktiviti fizikal. Akibat daripada tingkah laku murid-murid sekolah tidak minat dalam aktiviti fizikal, masalah obesiti meningkat. Sekiranya masalah obesiti dibiarkan berterusan dan tidak ditangani dengan segera murid-murid obes berkemungkinan akan berdepan dengan masalah obesiti apabila mereka dewasa kelak. Justeru, Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behavior, TPB) (Ajzen, 1991) digunakan sebagai kerangka utama untuk mengetahui tingkah laku murid-murid sekolah terutamanya kecenderungan mereka terhadap aktiviti fizikal. Penggunaan kaedah gabungan (mixed methods) iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mendapat maklumat yang lebih jelas tentang faktor-faktor yang berhubung dengan tahap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak di sekolah rendah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hubungan Kepimpinan Transformasional Terhadap Efikasi, Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi Guru Pendidikan Khas Integrasi

 

Awang bin Lokey

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Kajian ini ingin mengenalpasti sama ada tingkah laku kepimpinan transformasional signifikan terhadap variables efikasi guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi yang persepsikan dalam kalangan guru pendidikan khas integrasi (PPKI) di sekolah aliran perdana, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kombinasi KUAN-Kual (Mixed Methods). Seramai 350 guru PPKI terlibat dalam soal selidik dan 35 (10%) guru PPKI akan ditemubual sebagai sokongan di negeri Kedah. Efikasi, kepuasan kerja dan komitmen guru PPKI perlu di beri perhatian yang serius kerana mereka merupakan tenaga penggerak utama kemajuan murid berkeperluan khas (OKU) sekolah rendah integrasi aliran perdana. Tahap efikasi, kepuasan kerja dan komitmen organisasi guru PPKI boleh dikaitkan dengan hubungan tingkah laku kepimpinan guru besar di sekolah tersebut. Kajian ini amat penting untuk memberikan maklumbalas kepada pelbagai kepentingan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, pengetua dan guru besar, guru dan penyelidik. Metodologi kajian menggunakan mediasi (Baron & Kenny, 1986; Wu & Zumbo, 2008) adalah suatu model pemboleh ubah pengantara sebab (X) dan akibat (Y). Pengumpulan data kuantitatif direkodkan mengikut soalan kajian. Mana-mana nilai yang salah atau tidak relevan akan dibersihkan (clean data). Data kualitatif dikodkan mengikut spesifikasi soalan. Data yang dikumpul oleh penyelidik akan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Version 16, for Windows. Data tersebut kemudian ditransformkan kepada perisian AMOS SEM V. 16 (Structural Equation Modeling) (Bryne, 2010; Hair et. al., 2010). Data kualitatif menggunakan perisian NVivo V. 8 (Bazeley, 2008). Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk mentafsir data. Tahap signifikan 0.05 (p≤0.05) digunakan dalam kajian ini.

 

 

 

Multi-Modal Representation In Teaching and Learning of Biology

 

Chin Chee Keong

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Based on triadic semiotic model of Pierce (1931) as clearly explained in Waldrip et al. (2010), representation is conceived as an interplay of sign, interpretation and referent. This model shifts our attention from meaning as being decoded from a representation to a view that meaning is made with representation through an interpretation process. This approach is a much needed alternative to research that do not take into account the ‘learners’ own representational, cultural and cognitive resources and representational practices of Biology. The proposed study shall attempt to identify pattern of multi-modal representation in teaching of Biology enployed by different categories of Biology teachers, namely novice teachers, experience teachers and excellent teachers. Students’ understanding of teachers’ multi-modal representation will be elucidated through analysis of students’ representation of material they have learnt and interview. Possible gender and cultural effect on students’ use of representation in Biology lesson will be investigated as well. Finally this research will explore how multiple intelligences approach can be used to improve Biology teachers’ instructional strategy as well as students’ depiction of learning that has taken place.

 

 

Keberkesanan Modul Suku Kata Kreatif (MSKK)

Terhadap Penguasaan Kemahiran Asas Membaca Murid Tahun Satu

 

Eau Yong Chew Youn

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Kajian ini dilakukan dengan tujuan melihat keberkesanan Modul Suku Kata Kreatif (MSKK) terhadap pengajaran pembelajaran kemahiran asas membaca murid tahun satu di sekolah rendah kebangsaan Cina.  Modul Suku Kata Kreatif (MSKK) adalah bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam pengajaran pembelajaran murid tahun satu bagi kumpulan eksperimen.  Pernyataan masalah dalam kajian ini ialah murid normal tetapi belum menguasai asas kemahiran membaca dan objektif kajian ini adalah mengenal pasti adakah (MSKK) berkesan terhadap penguasaan asas kemahiran membaca dan sejauhmanakah (MSKK) dapat membantu murid tahun satu.  Kajian ini adalah kajian kuasi exsperimen yang melibatkan ujian saringan pra dan pasca serta melibatkan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.  Selain itu, pemerhatian dan temu bual juga akan dilakukan  mengikut peringkat pra dan pasca.  Data kajian yang diperoleh nanti akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif.

 

 

 

Meningkatkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Kalangan Guru-guru

Pra Perkhidmatan: Kajian Kes di IPG Kampus Tuanku Bainun

 

                                                            Fadzli Bin Dahalan

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Kemahiran berfikir secara kritis merupakan elemen yang amat perlu diperkukuhkan khususnya dalam program latihan guru pra perkhidmatan (Nelson, 2003; Paul, 2005). Ketidakupayaan bakal guru menguasai kemahiran ini secara berkesan menyebabkan mereka berkecenderungan untuk memahami sertamengajarkannnya berdasarkan pengalaman kendiri yang tidak berfokus terhadap realiti yang sebenar (Costa, 2008; Erikson, 2007; Hirsh, 2006; Paul, 2005; Snyder & Snyder, 2008). Justeru, perhatian khusus perlu diberikan terhadap program pendidikan guru sedia ada bagi memastikan pengajaran dan kurikulum yang diguna pakai berupaya membantu melahirkan bakal guru yang benar-benar menguasai dan memperkembangkan elemen kemahiran berfikir secara kritis secara berkesan dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah (Williams, 2005). Lantaran itu, kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan untuk memahami bagaimana unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis diterapkan oleh pendidik guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta mengetahui isu-isu yang timbul dalam usaha membangunkan kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan pendidik guru dan guru pra perkhidmatan di IPG Kampus Tuanku Bainun. Sampel kajian ini melibatkan seramai enam orang guru pra-perkhidmatan dan seramai enam orang responden pendidik guru bagi kursus Matematik, Sains dan Sains Sosial. Data diperolehi melalui empat sumber iaitu melalui instrumen soal selidik, temubual semi struktur, pemerhatian dan analisis dokumen bagi menjawab persoalan kajian. Instrumen soal selidik dan temubual yang digunakan dalam kajian ini menggunapakai instrumen yang dibangunkan oleh Charles (2008) dan Reem (2010) yang diubahsuai. Data-data yang diperolehi melalui temubual, pemerhatian daripada rakaman audio dan video kemudiannya ditranskripkan dalam bentuk perkataan menggunakan perisian Microsoft Word 2010 bagi memudahkan penyelidik mengesan serta mengasingkan maklumat berdasarkan tema-tema yang timbul. Data-data ini akan dianalisis secara lebih terperinci menggunakan perisian Nvivo V.8 bagi menjawab persoalan kajian.

 

 

 

Pembangunan Model Pedagogi Sains (Sekolah Rendah)

Abad Ke-21 Berdasarkan Inisiatif Pelan Strategik

Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2020

 

Hairiah binti Munip

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Metiri Group (2003), menjelaskan tentang kemahiran abad ke-21 sebagai kemahiran yang sangat penting diterapkan dalam diri pelajar di era ekonomi digital dengan tujuan untuk memenuhi tuntutan perubahan pesat yang berlaku. Ia juga menyatakan bahawa kemahiran ini sangat penting bagi melahirkan pelajar dan pekerja yang memenuhi kehendak industri. Anjakan paradigma perlu segera dilaksanakan dalam sistem pendidikan bagi memastikan kemahiran tersebut dikuasai oleh pendidik agar ia boleh disampaikan dengan lebih menyeluruh dan berterusan kepada pelajar. Oleh yang demikian, sistem pendidikan perlu memahami dan menghayati kemahiran abad ke-21 untuk diaplikasikan ke dalam konteks akademik secara menyeluruh. Hasil kajian penulis mendapati bahawa sehingga kini belum terdapat model pedagogi yang menjurus kepada inisiatif Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 serta memenuhi keperluan kemahiran abad ke-21 dalam mana-mana kurikulum pendidikan sains sekolah rendah samada kurikulum di sekolah mahupun kurikulum pedagogi di IPG. Kertas konsep ini merupakan satu usaha untuk membangunkan model pembelajaran yang sesuai untuk

 

 

 

 

 

 

 

Kesan Pengajaran Pendidikan Alam Sekitar Menggunakan Modul Pendidikan Alam Sekitar Terhadap Tahap Pengetahuan, Efikasi Kendiri Dan Nilaian Tugasan Guru-Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru  

 

Hanunah bte Ahmad Shah

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Matlamat penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum adalah merupakan cara yang terbaik dan efektif untuk meningkatkan domain kognitif dan afektif pelajar-pelajar tentang alam sekitar mereka. Walaupun peranan pendidikan formal sebagai landasan untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar sememangnya telah diperakui, namun tahap pengetahuan berkenaan isu-isu alam sekitar dalam kalangan pelajar masih lagi tidak memuaskan. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan penggunaan Modul Pendidikan Alam Sekitar terhadap pengetahuan tentang Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru. Di samping itu, effikasi kendiri dan nilaian tugasan guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru dalam pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar juga ingin dikenalpasti.

 

 

 

Penaakulan Matematik

 

Palanisamy a/l Kathirveloo

IPG Kampus Tuanku Bainun

 

Spearman (1923) menjelaskan penaakulan adalah sangat abstrak , suatu proses tahap tinggi, memerlukan definisi sangat jitu.Tinjauan kajian ini untuk melihat,memerhati dan meneroka apa itu penaakulan matematik(reasoning). Pengamatan dan anjakan minda penaakulan dalam pemikiran kanak-kanak perlu dilihat oleh guru-guru. Walaupun ia sangat subjektif untuk diukur, tetapi melalui pelbagai teknik dan pendekatan ia boleh diperhati dan diungkapkan. Pengajaran dan pembelajaran matematik kini lebih bersifat prosedur tanpa penekanan kepada kehadiran pemikiran penaakulan.Penaakulan dalam matematik perlu dilihat dalam konteks lebih jauh dan lebih mendalam. Ia sukar diukur tetapi boleh diungkapkan dengan kata-kata,hujah-hujah yang rasional dan logik.Unsur penaakulan diberi penekanan dalam KSSR(kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2010) agar pengajaran dan pembelajaran bermakna berlaku dan ilmu diperoleh boleh dimanipulasi, diterjemah dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Kanak-kanak diharapkan memiliki kemampuan penaakulan tetapi penekanan terbatas dalam strategi pengajaran khususnya dalam menyokong penaakulan kanak-kanak.Proses penaakulan ini diharapkan boleh membantu, dalam membuat rumusan rasional yang mantap dan konkrit. Ia memerlukan tempoh yang agak lama untuk melihat kemahiran penaakulan ini. Namun ia harus diwujudkan agar pembelajaran matematik adalah pembelajaran bermakna. Kajian ini juga melihat tahap kognitif kanak-kanak yang mencerminkan kemahiran penaakulan oleh guru-guru dalam bilik darjah.

 

Media Sosial (Facebook)  Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Teori-Teori Etika Dalam Kalangan Guru Pelatih PPISMP

Di  IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

 

Allimalai a/p Subramaniam

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Matapelajaran Pendidikan Moral menjadi matapelajaran teras semester pertama Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Topik Teori-teori Etika hanya diperuntukkan 2 jam pengajaran daripada 30 jam keseluruhan kursus. Ternyata  masa ini tidak mencukupi untuk mempelajari, memahami dan mengaplikasi konsep teori-teori Etika. Topik ini memerlukan pelajar berbincang, berbahas, memberi sumbangsaran, menyelesaikan dilema moral serta membuat refleksi kendiri. Para pelajar PPISMP yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengahadapi kesukaran memahami konsep teori etika. Kesukaran memahami konsep teori etika ini menyebabkan pelajar tidak dapat menggunakan teori-teori ini dalam mempelajari tajuk-tajuk seterusnya. Topik-topik seperti Teori Etika dan Moral biasanya menjadi masalah kepada pelajar untuk memahaminya dan dilema kepada penyelidik untuk membuat pelajar memahaminya. Masalah ini timbul disebabkan peruntukan masa yang tidak mencukupi dan topik ini adalah sesuatu yang baru dan berbeza dengan apa dipelajari di sekolah menerusi mata pelajaran Pendidikan Moral. Pengkaji mendapati rangkaian sosial seperti “facebook” boleh berperanan sebagai medan berkolaborasi dan berkooperasi selaras dengan konsep pembelajaran aktif. Pengkaji juga ingin menggunakan rangkaian sosial “facebook” ini untuk menggerakkan pelajar yang segan silu, malu dan takut untuk  bercakap di khalayak ramai. Pelajar takut pandangan mereka salah dan tidak diterima oleh orang lain. Pelajar segan  bercakap kerana takut pandangan mereka dikritik oleh  orang lain. Pelajar juga kekurangan idea dan keyakinan untuk bercakap secara spontan. Kadang-kadang ada juga pelajar yang mendominasi suasana pembelajaran. Pendekatan kuantitatif akan digunakan untuk mengumpul data berkenaan perbandingan prestasi markah pelajar. Pendekatan Kualitatif juga  akan diguna untuk mengetahui samada terdapat peningkatan dalam  bilangan pelajar yang berkolaborasi melalui “facebook” berbanding dalam bilik kuliah. Data kuantitatif ini akan dianalisa dengan kaedah SPSS. Pendekatan kualitatif  pula akan digunakan untuk menjelaskan kewujudan elemen-elemen kefahaman terhadap konsep teori etika, penaakulan moral, keyakinan dan kematangan pelajar dalam menyelesaikan isu atau konflik moral. Data kualitatif ini akan dianalisa dengan kaedah pemerhatian ke atas komen-komen pelajar di facebook dan hasil tugasan pelajar secara manual.

 

 

 

 

 

 

 

Gelagat Pembahagian Harta Pusaka Dalam Kalangan Waris : Satu Kajian Ke Arah Penyelesaian Mudah dan Cepat Di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

 

Amir bin Mohd Nason

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Meninggalkan generasi kemudian dengan harta pusaka yang mencukupi adalah lebih baik supaya mereka tidak papa dan meminta-minta. Begitulah pesanan Baginda Rasul s.a.w. di dalam sebuah hadith. Prinsip pembahagian harta pusaka dalam Islam sememangnya bertujuan untuk kebaikan waris dan memastikan kebajikan waris tanggungan, iaitu waris yang sebelum ini mendapat pembiayaan atau manfaat daripada kehidupan si mati akan terus berkesinambungan walaupun selepas kematian melalui pembahagian harta pusaka yang terancang. Namun pembahagian harta pusaka seringkali menghadapi konflik dalam proses pembahagian dan penyelesaian pindahmilik harta kepada waris selepas kematian. Ia bukan sahaja akibat ketiadaan perancangan si mati dalam mewasiat atau menghibahkan harta-hartanya pada ketika hidup, malah tindak-tanduk waris yang tidak bekerjasama dan sikap suka bertangguh mengakibatkan berlakunya kes-kes kematian waris-waris tanpa sempat mewarisi harta yang ditinggalkan oleh ibu bapa masing-masing. Ini menjadikan waris ke atas sesuatu harta pusaka menjadi berlapis-lapis sehingga keadaan menjadi semakin sulit serta melambatkan proses pembahagian harta. Kajian ini diharap dapat menemui nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith berhubung gelagat dalam pembahagian harta pusaka, mengkaji budaya dan tradisi masyarakat Melayu dalam pembahagian harta pusaka, menyelidik sikap dan gelagat masyarakat Melayu di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia berhubung pembahagian harta pusaka, dan perancangan mereka dalam meneruskan kesinambungan tanggungan serta mengkaji undang-undang dan peraturan yang sedia ada yang boleh dikuatkuasakan dalam memastikan kelancaran pembahagian harta pusaka. Kajian ini juga diharapkan dapat mengenalpasti dan mengatasi isu-isu utama yang berkaitan seperti aspek sosial iaitu dapat mengatasi kelewatan para waris menerima hak masing-masing melalui pembahagian harta pusaka yang efisien, aspek budaya iaitu dapat mengubah budaya dan persepsi masyarakat yang suka bertangguh dalam melakukan pembahagian harta pusaka dan aspek inovasi iaitu dapat mencadangkan garis panduan atau peraturan kecil tertentu bagi menyarankan ke arah bersegera dalam pembahagian harta pusaka. Data kajian ini akan dikumpul melalui kaedah kepustakaan, temubual dan soal selidik. Kesemua data yang diperoleh akan dianalisa dengan menggunakan analisis kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif akan dianalisa secara dengan menggunakan perisian NVivo 9 manakala data kuantitatif akan dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Sciences) Sebagai kesimpulan, penyelidikan ini diharap dapat membawa erti kesinambungan kebajikan dan nafkah waris tanggungan agar pembahagian dapat dilakukan dengan segera selepas kematian pemilik harta. Ia juga bagi mengelak pergaduhan antara sesama waris ke atas harta pusaka dan sikap memulau atau suka bertangguh dalam pewarisan. Kajian ini juga dapat memberi garis panduan dalam mempercepatkan penyelesaian pembahagian harta pusaka khususnya daripada sudut pentadbiran undang-undang, bagi mengelak kelengahan yang tidak munasabah.

 

Astetika Seni Arca Orang Ulu Di Sarawak

 

Ananthan a/l  Nagu

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti arca-arca ritual yang dihasilkan oleh Orang Ulu di  Sarawak dan melihat nilai-nilai estatika yang terdapat di dalamnya. Arca-arca ritual Orang Ulu harus didokumentasikan supaya ia tidak pupus ditelan zaman. Memandangkan karyawan-karyawan yang terlibat dalam  proses penghasilan arca ini, ramai yang telah meninggal dunia maka estetika dan motif arca ini perlu dipelihara untuk tantapan generasi baru. Arca ritual yang terlibat dalam kajian ini ialah keliering, salong, tegundo dan topeng. Pengkaji melihat estetika arca-arca ini dari aspek simbol, motif, media dan peranannya dalam upacara ritual Orang Ulu. Dalam kajian ini pengkaji telah melakukan koleksi bahan melalui keratan akhbar, keratan majalah, pamplet, sijil dan gambar-gambar. Pengkaji juga telah tinggal selama 3 bulan dan sering berulang alik ke Sarawak untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas lagi tentang kepercayaan dan amalan hidup Orang Ulu. Pemerhatian  dan kerja lapangan pula telah dilakukan oleh pengkaji dengan bantuan kamera, alat perakam suara dan perakam video. Temuramah kajian ini pula terdiri daripada temuramah berstruktur, semi struktur dan tidak berstruktur dalam usaha untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai. Hasil daripada kajian awal didapati arca-arca yang dihasilkan oleh Orang Ulu telah mengalami perubahan yang ketara. Perubahan ini adalah disebabkan oleh perkembangan agama Kristian. Corak dan pemikiran agama Kristian telah membawa perubahan besar dalam seni penghasilan arca dan nilai estatikanya. Arca-arca yang dihasilkan selepas perkembangan agama Kristian lebih kepada perhiasan dan fungsinya dalam upacara keagamaan telah dibatasi. Kini semua arca yang dihasilkan adalah  bertujuan untuk mengisi masa lapang dan komesial sahaja dan mempunyai nilai estatika yang tinggi.

 

 

 

Institusi Pendidikan Guru Di Malaysia :

Sejarah dan Perkembangan Tahun 1957-2005

 

Hashima Binti Sulaiman

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Sejarah perguruan di Tanah Melayu telah diperkenalkan oleh para mubaligh Islam dan mualim menerusi pengajian dan kitab di rumah, surau, masjid, institusi pondok, madrasah dan sekolah setelah agama Islam tersebar di Nusantara. Kemudiannya pada zaman pendudukan British,  perkembangan sekolah-sekolah vernakular begitu pesat. Apabila sekolah bertambah banyak dan murid bertambah ramai, kekurangan guru menjadi keperluan utama. Oleh itu, pihak British telah menubuhkan pusat-pusat latihan guru dan maktab-maktab untuk melatih guru di Tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1878 sekolah tinggi Melayu di Singapura telah ditukarkan menjadi sebuah maktab perguruan pertama yang melatih guru agama bagi sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Perkembangan pendidikan guru di Malaysia selepas merdeka menunjukkan satu perkembangan yang jauh berbeza daripada perkembangan zaman penjajahan British. Jika pada zaman penjajahan, perkembangan lebih bersifat perkauman dan mempunyai pelbagai corak yang mengikut haluan semulajadi seperti fenomena vernakularisme yang wujud dalam sistem persekolahan. Namun, selepas terbentuknya Penyata Razak 1956, perkembangan perguruan mula bercorak kebangsaan. Penyata Razak menjadi garis pemisah antara perkembangan perguruan sebelum dan selepas merdeka. Dalam kita membincangkan kecemerlangan pendidikan negara, kita lupa asal usul guru dan sejarah perkembangannya. Profesion perguruan memerlukan semua ahlinya dilatih dan dididik. Pertambahan maktab perguruan dan universiti yang menawarkan kursus pendidikan semakin bertambah. Oleh itu, perkembangan institusi pendidikan guru dan bentuk pelaksanaannya dikaji bermula dari zaman selepas merdeka 1957 sehingga tertubuhnya Institut Pendidikan Guru pada tahun 2005. Kajian sejarah merupakan kaedah kajian yang dilakukan melalui pengumpulan data yang sistematik dan penilaian data-data secara objektif. Sumber pertama menjadi kekuatan penulisan ini seperti analisis dokumen rasmi dan menemuramah mereka yang terlibat langsung dalam sejarah perkembangan institusi pendidikan guru. Dalam penyelidikan kualitatif, bukti daripada pelbagai sumber adalah perlu untuk mewujudkan kesahan kontruk dan kebolehpercayaan. Bukti daripada pelbagai sumber memberi pelbagai ukuran fenomena yang serupa sehingga membolehkan seseorang membentuk satu fokus dalam kajian yang dijalankan. Ini juga adalah sebahagian daripada proses triagulasi yang dapatannya lebih tepat dan meyakinkan tentang sesuatu konsep yang dikaji. Oleh itu, penyelidik melakukan kajian kepustakaan dan tinjauan bahan-bahan arkib. Kesemua maklumat yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan analisis kualitatif melalui perisian Nvivo.

 

 

 

Hubungan Antara Kepemimpinan Transformasi Pengetua 

Dengan Komitmen Organisasi dan Efikasi Kendiri Guru:

Kajian Perbandingan Antara SAR, SABK  dan Maktab Mahmud

 

Jazmi bin Md Isa

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Proses reformasi pendidikan menjadikan kepemimpinan di peringkat sekolah semakin kompleks. Tambahan pula terdapat beberapa Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebahagiannya telah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)  yang semakin menampakkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik dan keberkesanan kepemimpinan pengetua. Pentadbiran sekolah agama yang berbeza ini telah menunjukkan jurang dalam pencapaian akademik. Untuk memastikan apakah yang menyebabkan terdapatnya jurang pencapaian akademik ini satu kajian dijalankan bertujuan untuk meninjau perbezaan gaya kepemimpinan transformasi pengetua, komitmen organisasi dan efikasi kendiri guru di tiga jenis kategori sekolah agama di negeri Kedah iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maktab Mahmud.  Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan atau korelasi antara gaya kepemimpinan transformasi dengan komitmen organisasi serta efikasi kendiri guru di tiga sekolah tersebut.  Alat ukur kepemimpinan transformasi disesuaikan dari skala MLQ (Multi Factor Leadership Questionnaire) Form 5X-Rater (1992). Soal selidik ini adalah semakan dari MLQ-Form 5 yang telah dibentuk oleh Bass pada tahun 1985 yang mengandungi 34 item.   Alat ukur komitmen organisasi mengandungi 15 item yang diadaptasi berdasarkan soal selidik Organizational Commitment  Questionnaire (OCQ) diperolehi dari  Mowday, Steers dan Porter (1979).  Manakala efikasi kendiri guru yang mengandungi 12 item diukur dengan soal selidik Teacher Sense of Efficacy Scale oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy (2001).   Untuk menilai kebolehpercayaan instrumen yang diguna suatu kajian rintis telah dijalankan.  Data dikumpul dari 60 responden merangkumi 3 jenis sekolah agama iaitu SAR, SABK dan Maktab Mahmud.  Keputusan analisis telah menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen kepemimpinan transformasi ialah 0.94, komitmen organisasi ialah 0.87 dan efikasi kendiri ialah 0.79. Kajian yang bakal dijalankan mengandaikan bahawa kepemimpinan transformasi pengetua di SABK dan Maktab Mahmud lebih baik dari di SAR.  Manakala komitmen  dan efikasi kendiri guru di SABK dan Maktab Mahmud lebih baik dari di SAR.

 

 

 

Metodologi Pendidikan Luqman (MetPL) Sebagai   Model  Pengajaran Efektif Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

Nor Fauzian Binti Kassim

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Anak merupakan anugerah Allah SWT yang menjadi penyeri dalam kehidupan setiap ibu bapa. Anak, umpama permata atau harta yang tidak ternilai. Kehadiran anak melengkapkan kehidupan berkeluarga. Fungsi anak kepada kedua ibu bapa semasa hidup di dunia sangat besar malahan di akhirat kelak anak merupakan tanaman wangi orang tua di syurga.  Dalam memikul amanah dan usaha melaksanakan tugas serta tanggungjawab, ibu bapa dituntut memberikan pendidikan yang mantap dalam membimbing anak menjadi khalifah di bumi Allah. Justeru, pendidikan memerlukan pendekatan yang lebih holistik supaya ilmu menunjuk jalan ke arah kebenaran dan pendidikan membentuk akhlak dan watak yang manusiawi.Hakikatnya pada masa kini, pelbagai metode pengajaran dan pembelajaran yang ada kebanyakannya berteraskan pandangan teori Barat yang menjerumuskan manusia ke arah penyimpangan fitrah. Padahal metode yang diperkenalkan oleh tokoh falsafah Islam seperti Imam Al-Ghazali yang telah wujud lebih awal dari itu semakin dipinggirkan. Di Malaysia sendiri, belum ada lagi satu metode yang khusus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, yang bukan sahaja efektif, malahan mengembalikan semula ke jalan kesempurnaan fitrah. Oleh yang demikian, usaha untuk mencari metode pendidikan yang berpandukan Al-Qur’an dan As-Sunah amat penting agar tidak terus menyimpang ke arah yang tidak sepatutnya.  Kajian ini bagi mencadangkan satu model pengajaran efektif  berdasarkan Surah Luqman kepada para pendidik pendidikan awal kanak-kanak untuk diaplikasikan sebagai satu metodologi pengajaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.  Model ini diadaptasikan dan disesuaikan mengikut skop dan keperluan kajian. Model ini dinamakan sebagai Model QAIT yang diringkaskan daripada perkataan Quality, Appropriate levels of instruction, Incentive, dan Time bermaksud kualiti pengajaran, tahap kesesuaian pengajaran, insentif dan masa. Kajian ini berpaksikan kajian kualitatif- eksperimental bagi menguji tahap keberkesnan modul yang digunakan dikenali sebagai Metodologi Pendidikan Luqman (MetPL). Keberkesanan ini hanya boleh diperhatikan menerusi penilaian pencapaian prestasi kanak-kanak berdasarkan beberapa indikator yang disenaraikan.  Secara keseluruhannya, kerangka konseptual kajian Metodologi Pendidikan Luqman (MetPL) sebagai Model Pengajaran Efektif dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

 

 

 

Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dengan Stres Kerja Guru dan

Komitmen Organisasi Dalam Kalangan Guru Novis IPG

Di Sekolah Rendah Zon Utara Malaysia

 

Zakaria Mohd Arif

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Guru diamanahkan dengan tanggunjawab yang berat. Mereka   perlu    membentuk     sikap dan keperibadian  murid di samping menyampaikan ilmu pengetahuan serta menjadi insan contoh kepada murid-muridnya. Mereka dituntut untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran supaya menjadi contoh teladan kepada murid mengenai cara bertingkah laku. Guru juga tidak boleh melakukan kesilapan dan perlu menyampaikan pengajaran yang berkesan. Oleh itu seseorang guru harus peka kepada perkembangan terkini dalam bidang pendidikan supaya dapat mengurus, mengelola sumber pendidikan dan mencapai matlamatnya. Justeru,  Kementerian Pelajaran Malaysia melalui  Institut Pendidikan Guru menekankan  untuk melaksanakan satu sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi memastikan  agar guru-guru sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi negara Malaysia, di mana salah satu daripadanya  adalah untuk melahirkan guru novis yang berkualiti. Ini kerana kebanyakan guru novis mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di sekolah kerana tanggungjawabnya adalah berbeza  dengan situasi yang mereka lalui semasa mengikuti latihan perguruan. Guru novis juga menghadapi masalah  dalam mengendalikan aktiviti bilik darjah dengan berkesan malah sukar untuk bertindak secara proaktif dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan hal-hal pentadbiran. Keadaan menjadi semakin sukar apabila terdapat guru-guru yang tidak dedikasi dan mencampurkan tugas mengajar dengan aktiviti lain seperti berniaga, membuka kelas tuisyen dan tidak sanggup membuat pembaharuan dalam pengajaran. Kajian ini hendak memastikan wujud atau tidak hubungan antara kecerdasan emosi dengan stres kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru-guru novis dan merupakan sebuah kajian lapangan keratan rentas yang menggunakan reka bentuk kuantitatif di mana populasi kajian adalah guru-guru novis yang ditempatkan di utara Malaysia dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data-data dikumpulkan dengan kaedah soal selidik serta dianalisis dengan menggunakan SPSS 19.0 dan AMOS 21.0. Penyelidik telah melaksanakan Analisis Faktor Eksploratori dan Analisis Faktor Pengesahan untuk kesahihan data kajian. Pada akhir kajian satu model struktural telah dihasilkan.

 

 

Survey On  English Language Primary School Teachers’

 English Reading Habits In One Of The States In Malaysia

 

Kanakambal Velusamy

IPG Kampus Ipoh

 

A study by Mc Kool and Gespass (2009) reveals that only about half of the teachers surveyed read for more than then minutes a day in their free time.  In this much techno-advancing era reading is often neglected even by the literate society, especially teachers.  Thus, the aim of this survey, specifically,  is to gather information on the reading habits and selection of reading material among the  English  Language Primary School Teachers in one the states in Malaysia.  This survey is also to identify how much time the teachers spent on reading English materials. Using simple random sampling, English Language teachers from several schools in that state will be selected as samples of the survey. The survey instrument is designed in the form of a structured Questionnaire comprising a series of sequenced questions. Interviews will also be used to collect the data. It is hoped that this study will stimulate further in depth studies which may help involve other English Language teachers in other states as well.

 

 

 

Keberkesanan Program Literasi Bahasa Melayu

Dalam Kalangan Murid Orang Asli Jahai

 

Ruslan bin Hj. Abdullah

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Pendidikan bahasa Melayu amat penting kepada semua murid kerana bahasa Melayu adalah bahasa pengantar sistem persekolahan di Malaysia. Kegagalan mereka menguasai bahasa Melayu menyebabkan kesukaran untuk mengikuti dan meneruskan pendidikan dalam pelbagai mata pelajaran yang lain. Program LINUS merupakan salah satu program mempelbagaikan pedagogi dan memperkasakan lagi bahasa Melayu. Program ini dirangka di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam memtansformasikan pendidikan negara. Program ini wujud hasil daripada kebimbangan terhadap tahap literasi di Malaysia.Kadar literasi di Malaysia masih membimbangkan. Laporan Jawatankuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi NKRA, mendapati masih terdapat seramai 54,000 murid tahun satu (13% ) dan pelajar tahun empat sebanyak 117,000    (24%) didapati gagal menguasai kemahiran asas tersebut pada tahun 2008. Walaupun murid-murid tersebut diberikan pemulihan melalui Program Kelas Intervensi Membaca dan Menulis (KIA2M) dan Program Bimbingan Membaca dan Menulis (PROBIM), namun ternyata kedua-dua program tersebut mengalami kegagalan. Justeru, beberapa pendekatan dan strategi perlu diambil bagi meningkatkan tahap literasi dalam kalangan murid-murid berkenaan. Data kajian dikumpul menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Kesemua data kualitatif yang diperoleh akan dianalisa dengan menggunakan perisian Nvivo8 manakala data kuantitatif akan dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS16 (Statistical Package For The Social Sciences).

 

 

 

Pengaruh Gaya Keibubapaan, Motivasi Diri, Kesejahteraan Psikologi dan

Konsep Kendiri Terhadap Pencapaian Akademik

 

Hamidah Abdul Hamid

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Negara Malaysia kini berhadapan dengan cabaran untuk menyediakan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia. Perkembangan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pencapaian akademik merupakan elemen penting dalam membangunkan modal insan kelas  pertama yang mampu bersaing di peringkat global. Pencapaian akademik pelajar-pelajar Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia. Di samping itu wujudnya jurang pencapaian akademik antara negeri,  lokasi bandar  dan luar bandar, etnik dan jantina yang memerlukan transformasi pendidikan dilaksanakan. Terdapat berbagai-bagai faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik khususnya dalam kalangan pelajar remaja daripada keluarga ibu tunggal.  Remaja daripada keluarga ibu tunggal berhadapan dengan  pelbagai masalah sosioekonomi, emosi dan pencapaian akademik yang rendah akibat keruntuhan institusi kekeluargaan seperti kematian bapa dan perceraian yang semakin membimbangkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya keibubapaan, kesejahteraan psikologi dan konsep kendiri terhadap pencapaian akademik. Motivasi diri telah dijadikan sebagai pemboleh ubah perantara (mediating) terhadap pencapaian akademik dalam kalangan remaja berkenaan. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teori gaya keibubapaan Baumrind dan teori ekologi manusia oleh Bronfenbrenner, teori kesejahteraan psikologi oleh Ryff dan teori motivasi pencapaian oleh Atkinson. Kkajian ini bertujuan untuk mengetahui jenis gaya keibubapaan yang diamalkan dalam keluarga ibu tunggal dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Seterusnya mengenal pasti sama ada tahap motivasi diri, kesejahteraan psikologi dan konsep kendiri mempengaruhi pencapaian akademik remaja daripada keluarga ibu tunggal. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen bagi mengumpul data-data yang diperlukan. Sampel kajian dipilih secara rawak dalam kalangan pelajar tingkatan empat sekolah-sekolah  di daerah Kuala Muda/Yan dan Kota Setar. Data kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik yang diambil daripada seperti Parental Authority Questionaire, Tennessee Self Concept Scale, Psychological Well-Being Scale, The Intrinsic-Extrinsic Orientation Scale PMR. Kesemua data yang diperoleh akan dianalisa secara sistematik  dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Sciences)

 

 

 

Kualiti Perkhidmatan Perpustakan Institut Pendidikan Guru

 

Wan Fadzli Wan Haron

IPG Kampus Darul Aman

           

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti kepuasan pengguna berkaitan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan IPG. Di samping  itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti perkhidmatan yang sedia ada dan pada masa yang sama melihat  keperluan, isu-isu serta masalah yang melibatkan kualiti perkhidmatan di Perpustakaan IPG. Adalah diharapkan kajian ini juga dapat menjadi satu penanda arasan dan memperlihatkan tahap  prestasi perkhidmatan Perpustakaan IPG dan dapat membantu perpustakaan dalam meningkatkan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengguna.

 

 

 

 

Kepemimpinan Instruksional  Pengetua dan 

Keberkesanan Pengajaran Guru Di Sekolah Berkesan

 

Syamsiah binti Mokhtar

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Peranan pengetua semakin bertambah komplek, sukar serta berubah-ubah dari semasa ke semasa. Kini pegetua perlu melibatkan diri dalam pengajaran serta memberi perhatian yang lebih kepada hal-hal berkaitan dengan pengurusan sekolah, serta pelbagai tugas tambahan yang memerlukan tindakan segera sama ada daripada pihak jabatan, daerah dan sebagainya. Pengetua perlu memberikan perhatian yang terhadap kepemimpinan instruksional. Ini kerana peranan yang dimainkan oleh pengetua dalam bidang kurikulum dan pengajaran dikatakan mempunyai hubungan dengan kejayaan sekolah dan keberkesanan sesebuah sekolah. Peranan kepemimpinan instruksional masih ada sesetengah sekolah tidak dapat melaksanakan dengan baik. Ini disebabkan oleh pengetua mempunyai masa yang terhad untuk melaksanakan fungsi-fungsi kepemimpinan instruksional. Isunya adalah pengetua sering dibebani tugas-tugas berkaitan dengan pengurusan yang mengakibatkan tumpuan terhadap penyeliaan dan pemantauan pengajaran dan pembelajaran terhadap guru amat berkurangan. Dengan menggunakan model kepemimpinan instruksional yang sedia ada, kajian ini akan melihat keberkesanan terhadap pengajaran guru dan kaitannya dengan kepemimpinan instruksional. Kajian ini betujuan untuk melihat amalan kepemimpinan instruksional pengetua dan keberkesanan sekolah di sekolah berkesan. Diharap kajian ini dapat  mengkaji cara pengetua-pengetua sekolah melaksanakan kepemimpinan instruksional berdasarkan tiga dimensi iaitu mengelaskan matlamat sekolah, mengurus pengajaran dan pembelajaran, dan menggalakkan iklim pengajaran yang kondusif.  Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian tinjauan yang bertujuan untuk megumpulkan data daripada satu set populasi. Kajian ini akan menggabungkan dua pendekatan iaitu pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dimurnikan daripada soal selidik  ‘Principal Instructional Rating Scale’ (PIMRS) yang dibina oleh Hallinger dan Murphy (1985) dan soal selidik ‘Minnesota Satisfaction Questionnaire’ (MSQ) yang dibentuk oleh Weiss et al. (1967).  Bagi menjawab persoalan kajian tentang amalan kepemimpinan instruksional dalam konteks sekolah tempat pengetua berkhidmat, data diperolehi melalui temu bual dan analisis dokumen.

 

 

 

Aplikasi Pemujukan Multimedia Terhadap Perubahan Sikap dan

Tingkah Laku Dalam Pengamalan Solat Fardhu :

Satu Kajian Di Sekolah-Sekolah Menengah Harian Zon Utara

 

Rashidah bt. Md Hasan

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Sistem pendidikan negara telah menjalankan beberapa program khusus berkaitan pendidikan solat ke arah mencapai objektif Falsafah Pendidikan Islam. Ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah adalah sangat dituntut bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai khalifah Allah yang telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan diri, masyarakat, dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji aplikasi perisian multimedia ke atas sikap dan tingkahlaku pelajar terhadap masalah ketidakpatuhan kewajipan solat fardhu. Kajian ini akan dijalankan di empat buah negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Dianggarkan 400 orang pelajar akan dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian ini. Kajian ini akan mengemukakan kaedah Teknologi Pemujukan sebagai inisiatif dalam memberi saranan kepada perubahan sikap dan tingkah laku pelajar terhadap kewajipan solat fardhu selari dengan perkembangan dunia remaja kini yang celik teknologi. Penggunaan multimedia berasaskan teknologi pemujukan sebagai moderator alternatif untuk memberi perubahan sikap dan tingkahlaku terhadap pengamalan solat fardhu di kalangan pelajar remaja sekolah turut digunakan dalam kajian ini. Kajian ini merupakan satu kajian eksperimen. Soal selidik akan digunakan dalam ujian pra dan pasca ke atas kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang terlibat. Kesemua data yang diperoleh akan dianalisa dengan menggunakan analisis kuantitatif menggunakan perisian SPSS versi 17.0 (Statistical Package For The Social Sciences). Analisis data akan menggunakan analisis ANCOVA. Analisis ANCOVA merupakan satu bentuk analisis varians yang digunakan apabila skor min pemboleh ubah bersandar dibandingkan antara kumpulan-kumpulan yang tidak setara.  Dijangkakan dapatan kajian ini akan memberi sumbangan baru dalam usaha meningkatkan pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar remaja. Dapatan juga mencetuskan satu model inovasi ICT yang baru khususnya dalam matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.