Tentang Prospen
PROSPEN
PROSPEN ialah Singkatan bagi Program Pensarjanaan Pensyarah
PENGENALAN
Untuk mencapai visi IPG sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru, IPGM telah berusaha untuk meningkatkan bilangan pensyarah berkelulusan ijazah lanjutan seperti dipetakan dalam pelan strategik IPGM 2011-2015. Sasaran adalah untuk memperolehi 33% pensyarah IPGM berkelulusan ijazah kedoktoran menjelang 2020 dan 100% pensyarah berkelulusan sarjana menjelang 2018. Selaras dengan itu, pelaksanaan program khas pensarjanaan IPG telah dimulakan pada 2011 hingga 2020. Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah (PROSPEN) IPGM dilaksanakan untuk membantu pensyarah IPGM yang sedang belajar supaya dapat menamatkan pengajian mereka dengan jayanya.
MATLAMAT
Perkongsian Intelek ini berhasrat untuk memberi sokongan dan bantuan khidmat kepakaran kepada pensyarah bagi menyempurnakan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan.
OBJEKTIF
a) Menyediakan satu landasan untuk perkongsian ilmu dan sumbangan intelektual
b) Menyediakan rangkaian pertukaran pelbagai kepakaran dalam kalangan pensyarah
c) Memantau kemajuan pengajian pensyarah yang sedang belajar
KUMPULAN SASARAN
Pensyarah yang sedang mengikuti program ijazah lanjutan secara sambilan.